Friday, January 6, 2012

Didiklah diri kita..


Diriwayatkan daripada Tamim ad-Dari r.a bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:
"Agama adalah Nasihat."
Baginda mengulanginya sebanyak 3 kali.Lalu kamipun bertanya lagi:"Untuk siapakah ya Rasulullah?"Jawab Baginda:"Untuk Allah,kitab-Nya,rasul-Nya,pemerintah-pemerintah orang islam dan orang awam islam"
(hadis riwayat Imam Muslim dan disemadikan dalam hadis ke-7 hadis 40)

Bukan sahaja manusia malah setiap makhluk yang diciptakan Allah berasal dari pelbagai latar belakang yang berbeza-beza. Jika sebagai guru,pasti mempunyai ramai pelajar yang mempunyai pelbagai sikap dan kerenah. Jikalau juga sikap seorang pelajar sudah cukup memeningkan,bagaimana agaknya guru mampu melayan higga 30-40 pelajar dalam satu-satu masa.

kita sendiri boleh lihat,jika ada 2orang kembar yang seiras rupanya,adakah kedua-duanya sama sikapnya?100%?Sudah tentu jawapannya tidak.Persoalan yang timbul,yang kita amat kagumi ialah BAGAIMANA ALLAH MENYATUKAN HATI-HATI MANUSIA hingga mampu bersatu menghadap kiblat yang satu?

Persoalan ini bukanlah meragui kemampuan Allah SWT kerana Allah memang mampu melakukannya,akan tetapi yang dimaksudkan,bagaimana cara yang ditunjukkan Allah kepada kita hingga kita nantinya mampu mengembangkannya kepada muslim yang lain untuk menjadi pedoman mereka untuk mendidik diri.

FORMULA 1:BERPERINGKAT-PERINGKAT
Ambillah iktibar dari kisah penurunan Al-quran yang diturunkan Allah SWT secara berperingkat.Para Sahabat sendiri,menerapkan Islam dalam diri mereka juga hasil daripada kisah ini. sebagai contoh dalam pengharaman arak sebagai amalan yang haram dilakukan,tidaklah Allah mengharamkannya secara tiba-tiba malah berperingkat-peringkat.

Jika kita kaji,Allah SWT mengharamkan amalan meminum arak dengan peringkat pertama iaitu: MENARIK PERHATIAN masyarakat arab tentang asal penciptaan arak yang memabukkan.Ini dinyatakan Allah dalam surah An-Nahl(16)ayat 67:
وَ مِنْ ثَمَراتِ النَّخيلِ وَ الْأَعْنابِ تَتَّخِذُونَ مِنْهُ سَكَراً وَ رِزْقاً حَسَناً إِنَّ في‏ ذلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
"Dan dari buah tamar dan anggur,kamu jadikan daripadanya minuman yang memabukkan dan juga rezki(minuman dan makanan) yang baik.Sesunggguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang beraqal."

Seterusnya pada peringkat kedua,Allah MENDEDAHKAN PERBANDINGAN BURUK DAN BAIK dan menegaskan arak itu banyak keburukannya.Firman Allah dalam surah Al-baqarah(2)ayat 219:
يَسْأَلُوْنَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَ الْمَيْسِرِ قُلْ فِيْهِمَا إِثْمٌ كَبِيْرٌ وَ مَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَ إِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا وَ يَسْأَلُوْنَكَ مَاذَا يُنْفِقُوْنَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبيِّنُ اللهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُوْنَ
"Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir"

Seterusnya setelah kedua-dua peringkat tersebut,Allah meneruskan peringkat ketiga: MELARANG SECARA KHUSUS dengan melarang masyarakat arab meminum arak ketika hendak solat. Ini menunjukkan peringkat ini dilakukan dengan memberi larangan ketika ingin melaksanakan kewajipan kebaikan bertujuan supaya kita tahu membezakan yang manakah perkara baik dan buruk yang masih dilakukan. Ini disebutkan Allah dalam potongan surah An-Nisa(4)ayat 43:
يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا لا تَقْرَبُوا الصَّلاةَ وَ أَنْتُمْ سُكارى‏ حَتَّى تَعْلَمُوا ما تَقُولُونَ
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan"

Peringkat terakhir sekali barulah Allah MEGHARAMKAN arak SECARA UMUM DAN TOTAL.Ini diterangkan Allah SWT dalam surah Al-Maidah(5)ayat 90-91:
يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَ الْمَيْسِرُ وَ الْأَنْصابُ وَ الْأَزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah,adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."
إِنَّما يُريدُ الشَّيْطانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَداوَةَ وَ الْبَغْضاءَ فِي الْخَمْرِ وَ الْمَيْسِرِ وَ يَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَ عَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ
"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)."

FORMULA 2: MENETAPKAN MATLAMAT.
Berpandukan hadis di atas tadi,menjelaskan bahawa Islam bukanlah suatu bangsa atau keturunan.Istilah islam keturunan atau bangsa islam adalah kurang tepat dilabelkan kepada umat islam masakini.Hakikatnya,islam adalah hak semua manusia.

Para sahabat Nabi SAW sendiri,pada asalnya mempunyai latar belakang yang berbeza. Ada sesetengahnya telah membunuh ahli keluarga,minum arak dan juga menyembah berhala. Setelah kedatangan islam yang ditegakkan semula Nabi Muhammad SAW,ramai sahabat memeluk islam dan ada yang menjadi idola dan rujukan umat islam sendiri hingga ke hari ini.

Perlulah kita sedari,hadis di atas tadi menjelaskan bahawa agama adalah satu nasihat yang perlu diterapkan ke dalam hati,fikiran dan seterusnya amalan setiap manusia. Oleh kerana ianya nasihat,ada sesetengah kandungannya tidak serasi dengan kehendak manusia,lebih-lebih lagi jika manusia itu terpandu oleh nafsunya sendiri.Allah berfirman :
وَ عَسَى أَنْ تَكْرَهُوْا شَيْئًا وَ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَ عَسَى أَنْ تُحِبُّوْا شَيْئًا وَ هُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَ اللهُ يَعْلَمُ وَ أَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
(Potongan surah Al-Baqarah(2):216)

Jadi,adalah menjadi tanggungjawab kita mendidik diri dengan aturan Allah melalui islam ini.Bagaimana caranya kita boleh lakukan untuk menerapkan kandungan islam dalam diri?Jika kita ingat sejenak cara berperingkat tadi,bila perlunya peringkat pertama ingin berpindah ke peringkat seterusnya?

Inilah perlunya MENETAPKAN MATLAMAT.Mari ambil iktibar tentang kewujudan Lauhul Mahfudz serta qadar dan qada'.Allah SWT sendiri melaksanakan takdir melalui perancangan(qadar).Seterusnya menunda,menukar atau melaksanakan perlaksanaan-Nya dengan mengambilkira janji,doa,amalan hamba serta kasih sayang Allah SWT.

BAGAIMANA MENETAPKAN MATLAMAT?
Sebagai contoh matlamat yang ingin dicapai: SOLAT KHUSYUK.
Jangkamasa yang ingin dicapai: 1 TAHUN
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MATLAMAT JANGKA PENDEK (1-3 BULAN)
[ Mengkaji sebab dan kelemahan ]
[ masih solat tidak khusyuk ]
[ Banyak bertanya kepada rakan-rakan ]
[ mungkin dengan cara memahami makna bacaan ]
[ banyakkan membaca buku tentang khusyuk solat ]
|
|
V
MATLAMAT JANGKA SEDERHANA ( 4-6 BULAN)
[ belajar fokus ]
[ praktikkan pemahaman makna bacaan ]
[ belajar untuk profesional ]
[ cuba solat waktu tengah malam ]
|
|
V
MATLAMAT JANGKA PANJANG (7-12 BULAN)
[ menjadikan solat sesuatu yang menyeronokkan ]
[ banyakkan solat berjemaah ]
[ disiplinkan diri supaya profesional ]
[ disiplinkan diri memahami makna dan betulkan bacaan solat ]
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mulakan matlamat atau azam anda dengan menetapkan matlamat jangkamasa pendek,sederhana dan seterusnya jangka panjang. JANGKA PENDEK -pupuk minat dan ilmu, JANGKA SEDERHANA -melaksana secara berdikit-dikit(lebih lagi daripada jangka pendek) seterusnya JANGKA PANJANG - Melaksanakan secara total. Mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat.
 إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَريبٌ مِنَ الْمُحْسِنينَ
"Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik(memperbaiki amalan)" (Al-A'raf(7):56)
----------------------------------------------------------
Sabda Nabi SAW :
"Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka"

Wallahu a'lam.^_^




No comments:

Post a Comment