Thursday, December 29, 2011

PERLU ke baca Al-Quran?

Saban hari usia makin meningkat,dunia dengan pelbagai perubahan,semuanya memang cepat berlalu. Jika dibandingkan dengan umat terdahulu,umat masakini banyak dilalaikan dengan hal-hal keduniaan semata-mata.Ini kerana,umat terdahulu menjadikan Al-quran sebagai asas dan amalan seharian.

Apabila kita diajukan soalan,perlu ke baca Al-quran?apa agaknya jawapan yang akan terpacul dari mulut kita?Perlulah kita sama beringat akan pepatah melayu:"kerana pulut santan biasa,kerana mulut badan binasa".
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahukah anda,Nabi SAW pernah bersabda:"Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-quran"(riwayat Muslim)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nabi SAW juga pernah berpesan supaya membaca al-quran hendaklah dilakukan setiap malam sekurang-kurangnya 100 ayat.Malah dalam satu riwayat,diceritakan bahawa kubur memanggil dan menyeru anak adam setiap 28minit setiap hari yang antara seruannya ialah membaca Al-quran supaya dapat menerangi alam kubur yang amat gelap gelita itu. Sehinggakan ada hadis yang menyebutkan bahawa barangsiapa yang membaca Al-quran sekurang-kurangnya 10 ayat setiap hari,dia akan dilabelkan oleh Allah sebagai orang yang sentiasa mengingati-Nya.

Baiklah.Bagi menjawab persoalan di atas tadi,di sini diulaskan beberapa sebab mengapa perlunya untuk setiap orang islam untuk membaca Al-quran.

Hal ini disebutkan dengan Firman Allah dalam surah Al-A'raf [204] yang berbunyi:
﴿ وَ إِذا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَ أَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ﴾
Maksudnya: 
"Dan apabila dibacakan Al-Qur’an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat."


 [ PENYEBAB KEMURAHAN REZEKI ]

فَإِذا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَ أَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِنْكُمْ وَ أَقيمُوا    الشَّهادَةَ لِلَّهِ ذٰلِكُمْ يُوعَظُ بِهِ مَنْ كانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَ الْيَوْمِ الْآخِرِ وَ مَنْ يَتَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجاً
Maksudnya:
"Apabila mereka telah mendekati akhir tempo idah, maka rujuklah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan ambillah dua orang saksi yang adil dari kalangan kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat diberi nasihat dan pengajaran. Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan jalan keluar baginya,"
وَ يَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَ مَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللهَ بالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللهُ لِكُلِّ شَيْ‏ءٍ قَدْراً
Maksudnya:
"dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah menciptakan ketentuan bagi segala sesuatu."



 [ PENYEBAB KESEMBUHAN PENYAKIT ]

﴿ وَ نُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ ما هُوَ شِفاءٌ وَ رَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنينَ وَلا يَزيدُ الظَّالِمينَ إِلاَّ خَساراً َ﴾
Maksudnya:
"Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian."


  [ PERLINDUNGAN DARI JIN/SYAITAN ]

﴿ فَإِذا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجيمِ َ﴾
Maksudnya:
"Apabila kamu membaca Al-Qur’an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam."


  [ PENYELAMAT DI HARI KEMUDIAN ]

﴿ وَ إِذا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ جَعَلْنا بَيْنَكَ وَ بَيْنَ الَّذينَ لا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ حِجاباً مَسْتُوراً َ﴾
Maksudnya:
"Dan apabila kamu membaca Al-Qur’an, niscaya Kami adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat suatu tirai yang tertutup"





No comments:

Post a Comment