Friday, January 27, 2012

ASAS METHODOLOGI 1

Kejayaan sesuatu pekerjaan sememangnya bergantung kepada keberkesanan methodologinya.Methodologi ialah kaedah,cara dan teknik dalam merealisasikan sesuatu perancangan.

Dalam pembelajaran,teknik belajar amat penting untuk dikuasai sebelum menguasai sesuatu ilmu.Apa gunanya seseorang yang bermotivasi tinggi tetapi tidak tahu kaedah yang tepat untuk menguasai apa yang dilaksanakan.
Methodologi amatlah penting untuk menjadikan sesuatu penguasaan itu mudah,teratur dan juga berjaya.

Banyak kaedah yang boleh dilakukan demi menjayakan sesuatu perancangan.Walau bagaimanapun,setiap methodologi perlu mempunyai asas yang kukuh untuk menjamin sesuatu kejayaan dilaksanakan dengan kawalan.Mari kita semak asas ini ..


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ASAS 1:PERCAYA KEPADA ALLAH
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hal ini adalah hal biasa dalam kehidupan seorang muslim.Jika kita tanya,berapa ramaikah yang percaya Allah itu ADA?sudah pasti semua muslim akan menjawab Allah itu ADA kerana itu adalah rukun iman yang 6.
Akan tetapi,jika kita bertanya apakah bukti kewujudan Allah,mungkin ada yang boleh merapu itu dan ini.Mari kita tanya pada diri,bagaimana kita dapat merasakan yang Allah benar-benar ada?

Sedangkan kita sendiri ketika ini sedang meninggalkan solat,lalai dalam solat dsb.Kita sendiri tahu,jika kita sememangnya takutkan sesuatu,kita takkan berani melakukan kesalahan.Berapa ramaikah antara kita yang merasa begitu?
Itu salah satu contoh betapa menyimpangnya kita dari apa yang kita fitrahkan untuk diri kita.Jika dikaitkan pula dengan tajuk methodologi ini,Pernahkah kita mendengar pakar-pakar motivasi selalu berkata:"jika kita percaya kita boleh lakukan,kita memang boleh melakukan."

Ada juga yang berkata,tindakan kita bergantung kepada mindsetting kita.Banyak juga program-program hebat yang menyajikan pengisian hebat hingga dalam flyers atau poster mereka memberitahu rahsia-rahsia menjadi pelajar hebat atau manusia hebat.

Jika kita amati,sangatlah bermanfaat program-program seperti ini dan memberi motivasi tinggi kita menyertainya.Semua itu bergantung kepada methodologi pembuat pengisian program tersebut.

Ingatlah sahabat sekelian,kehebatan sebenar ialah TAWAKKAL KEPADA ALLAH.Percayalah,semua yang  terlaksana adalah dengan izin Allah swt semata-mata.Ada manusia dilahirkan dengan kebijakan berkata-kata,bijak merancang,bijak melaksana dsb.Itu semua adalah anugerah Allah agar manusia menggunakannya sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab BERUSAHA dalam melakukan sesuatu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mengapa TAWAKKAL dikatakan asas methodologi?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mengapa?sedangkan kita selama ini dimomokkan bahawa tawakkal adalah perkara terakhir setelah berusaha. Maka hal yang sebenarnya adalah TAWAKKAL ini perlu dilakukan setelah kita berniat melakukan sesuatu.Ini kerana,setiap tindakan yang kita lakukan telah ditetapkan oleh Allah swt. Ia juga menunjukkan dengan tawakkal,kita akan mula mengingati Allah swt dari awal pekerjaan kita. 

Kesannya,kita akan selalu merasakan Allah bersama jika tindakan kita gagal,merasakan Allah sentiasa melihat jika tindakan kita salah dan merasakan Allah sentiasa ada sebagai yang maha berkuasa jika kita mula merasakan apa yang kita lakukan mula mendatangkan hasil yang luarbiasa.

Ini secara langsung mampu menjadikan kita seorang yang tidak mudah putus asa,sentiasa bertaubat dan juga terhindar dari merasakan diri kita hebat(Ujub). Sedangkan semuanya adalah dengan izin Allah swt.
Jadi,perlulah kita ingat bahawa kalam akhir kita hidup di dunia ini adalah TAWAKKAL KEPADA ALLAH.

Jika kita berusaha memberi kefahaman kepada orang lain tentang sesuatu dan kita berjaya,ingatlah semua itu adalah dengan KEHENDAK ALLAH SWT.Bukan kita yang hebat,bukan kita yang memberi kefahaman itu melainkan ALLAH SWT semata-mata.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Firman Allah SWT dalam surah At-Talaq(3):
وَ مَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْ‏ءٍ قَدْراً 
"Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. "

1 comment:

  1. Casino no deposit bonus codes | GAMBLERSNO!
    nba매니아 casino-no-deposit-casino-no › casino-no-deposit-casino-no https://octcasino.com/ You can also play https://febcasino.com/review/merit-casino/ slot games on slot machine games herzamanindir.com/ at one of the many online gri-go.com casino sites, such as the casino.com.

    ReplyDelete