Friday, June 7, 2013

Waspadai Syirik Khafy

Bismilla-hir-rah-ma-nir-rahim.

Bila menyebut tentang syirik, terbayanglah kita manusia yang MENYEMBAHI berhala atau orang yang MEMINTA-MINTA di kuburan atau pusara manusia hebat bagi mereka yang lebih baik kefahamannya tentang syirik.

Tidak kurang juga mereka yang menganggap mereka yang tidak beriman atau orang kafir itu melakukan syirik. Malah lebih dari itu, ada yang sebenarnya tidak tahu apakah itu syirik.

Sudah agak lama penulis tidak mencoret posting di laman ini. Mungkin kesibukan membataskannya. Tergerak untuk mencoret kerana setelah agak lama tidak mendapat jemputan memberi tazkirah di Surau Al-Muhajir, Taman Medan Jaya Sijangkang, barulah kembali di'sunting' untuk majlis tazkirah petang nanti.

1 ++ TAKRIF SYIRIK ( Secara ringkas )

Ramai dikalangan ulama memberi tafsiran kepada takrif syirik. Pada dasarnya, syirik itu adalah :

1) Menduakan Allah azza-wajalla atau,
2) Menyekutukan Allah azza-wajalla khususnya dalam bab pengibadatan.
3) Menyamakan atau memberi tandingan pada Allah azza-wajalla dengan sesuatu.

Naudzubillah. Akan tetapi, ini adalah takrifan syirik secara global dan menyeluruh pada kefahaman yang jelas. Ianya lebih mudah difahami apabila disabitkan dengan contoh-contoh tepat. Kefahaman ini mudah diterima secara ZHOHIRIYYAH.

Lebih jelas, syirik berbeza sedikit dengan KAFIR. Kafir menolak terus Allah sebagai tuhan yang esa, akan tetapi syirik pula mengakui Allah sebagai tuhan tetapi mengakui juga ada tuhan lain selain-Nya(tidak esa).

2 ++ JENIS - JENIS SYIRIK

Dalam penentuan jenis-jenis syirik ini, para ulama(menurut pengkajian penulis) BERSEPAKAT menyatakannya terbahagi kepada 2 jenis sahaja. Iaitu adalah :

1) SYIRIK ZHOHIRIY atau BESAR (seperti yang telah dibincangkan tadi) dan ;
2) SYIRIK KHAFY dan NIFAQ

Penulis ingin memfokuskan tentang jenis syirik yang kedua iaitu syirik khafy dan nifaq. 

akan bersambung lagi nanti...

Wednesday, May 29, 2013

Hisablah sebelum kita dihisab


Assalamualaikum WBT. Banyaknya moral dalam video ini. Sama-sama kita muhasabah diri,pulang kepada MATLAMAT DASAR kita.


Friday, March 15, 2013

BERUBAHLAH LEBIH BAIK




Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Mengasihani.
Firman Allah dari surah Ar-Ra'd:11 :
لَهُ مُعَقِّباتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَ مِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ ما بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا ما بِأَنْفُسِهِمْ وَ إِذا أَرادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوْءاً فَلا مَرَدَّ لَهُ وَ ما لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ والٍ
"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di depan dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." 

PENDAHULUAN

Teringat kata-kata seorang motivator,"JIKA KITA MENGUBAH DIRI KEPADA YANG LEBIH BAIK,SECARA AUTOMATIK ALLAH AKAN MENGUBAH SEKELILING KITA MENJADI LEBIH BAIK." Dapatkah anda jelaskan?Sebagai contoh,matlamat kita untuk menjadikan sebuah negara menjadi sebuah negara ISLAM,bagaimana cara kita merealisasikannya?adakah dengan menukar kerajaan sedia ada?menggantikannya dengan pemimpin yang baru?atau apa dan bagaimana?
Sebenarnya...

Tuesday, November 6, 2012

MERAIH REDHA ALLAH DALAM KEHIDUPAN


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.Dengan limpah kurnia-Nya,kita masih lagi diberi kesempatan untuk meraih nikmat dunia dan nikmat taubah.

Sebagai seorang Hamba,kita seharusnya tahu apakah tujuan sebenar kita diciptakan.Entah berapa ramai manusia hidup di dunia ini terlupa dan lalai tentang tujuan sebenar kita dihidupkan di atas muka bumi Allah ini.Mungkin juga ramai di antara kita tidak tahu atau terkeliru tujuan sebenar kita diutuskan. Apatahlagi,sandiwara dunia dan kenikmatannya seringkali mempengaruhi kita untuk melupakan fitrah sebenar kita diciptakan yang Maha Esa.

Monday, January 30, 2012

ASAS METHODOLOGI 3



HANYA GAMBAR MERUNGKAI ISINYA. ^_^

Asas Methodologi 2


HANYA GAMBAR MERUNGKAI ISINYA. ^_^

Friday, January 27, 2012

ASAS METHODOLOGI 1

Kejayaan sesuatu pekerjaan sememangnya bergantung kepada keberkesanan methodologinya.Methodologi ialah kaedah,cara dan teknik dalam merealisasikan sesuatu perancangan.

Dalam pembelajaran,teknik belajar amat penting untuk dikuasai sebelum menguasai sesuatu ilmu.Apa gunanya seseorang yang bermotivasi tinggi tetapi tidak tahu kaedah yang tepat untuk menguasai apa yang dilaksanakan.
Methodologi amatlah penting untuk menjadikan sesuatu penguasaan itu mudah,teratur dan juga berjaya.

Banyak kaedah yang boleh dilakukan demi menjayakan sesuatu perancangan.Walau bagaimanapun,setiap methodologi perlu mempunyai asas yang kukuh untuk menjamin sesuatu kejayaan dilaksanakan dengan kawalan.Mari kita semak asas ini ..

There was an error in this gadget