Monday, December 19, 2011

Study vs Knowledge?

 
>> TUNTUTAN BERILMU <<
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda ingat,banyak hadis dan dalil Al-quran yang pernah menyebutkan tentang betapa pentingnya ilmu dalam lapangan kehidupan sehinggakan Nabi SAW pernah bersabda yang antara lain maksudnya:"Menuntut ilmu adalah kewajipan atas semua muslim". 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tidakkah kita tertarik apabila Nabi SAW sekali lagi menegaskan:"Barangsiapa yang mahukan dunia,hendaklah ia berilmu.Barangsiapa mahukan akhirat,hendaklah dengan berilmu dan barangsiapa yang mahukan kedua-duanya(dunia&akhirat)juga hendaklah ia berilmu."
(hadis riwayat At-Tirmidzi)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Juga tidakkah kita berasa tertanggungjawab bilamana Nabi SAW mengingatkan lagi:"jadilah engkau orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang mendengarkan ilmu atau juga orang yang cinta kepada ilmu dan janganlah menjadi orang yang kelima,Nescaya engkau binasa."
 (hadis riwayat Al-Bazzar)

  >> BEZANYA ILMU <<
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perlu anda sedari,apa yang dimaksudkan dengan ILMU ialah sesuatu amalan atau tanggungjawab yang diguna-pakai hasil dari sesuatu pembelajaran.

Lebih mudah diterangkan di sini,segala diploma atau ijazah(dsb) dalam bidang-bidang tertentu,apa yang dipelajari tadi digunakan dalam pekerjaan atau hidup anda.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebagai contoh,Amin(nama rekaan sahaja) baru sahaja 'grad' dalam bidang sains komputer. Setelah usai mencari pekerjaan,Amin akhirnya diterima bekerja dalam bidang penstoran. Memang banyak perkara yang Amin tidak tahu kerana itu bukan bidangnya.Setelah lama di situ,Amin dapat juga menguasai bidang barunya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh ini menunjukkan,bidang sains komputer itu adalah ilmu yang dituntut oleh Amin.Oleh kerana ia tidak menggunakannya,ia masih lagi belum menjadi Ilmu padanya dan ini bermakna dia(Amin) masih tidak layak digelar ilmuan sains komputer.

Sebaliknya,ilmu baru dalam bidang penstoran pula bakal menjadi ilmu baginya sekiranya dia dapat mempraktikkan pengetahuan tadi tanpa bimbingan sesiapa lagi.Ketika ini barulah ia layak diberi gelaran ilmuan dalam bidang penstoran.

Ironinya pula,seandainya pengetahuannya yang sudah menjadi ilmu tadi digunakan setiap hari,maka ilmu itu telah menjadi amalan.Barulah lengkap apa yang dimaksudkan dengan ilmu yang diamalkan.

Ironinya lagi,pengetahuan yang telah menjadi ilmu yang diamalkan,jika ianya menambahbaik kondisi kehidupan pelakunya,ia dinamakan sebagai ILMU YANG BERMANFAAT.

 >> RAHSIA ILMU <<
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jelaskan tentang kefahaman anda,mengapa Allah SWT dan Nabinya SAW menggunakan kalimah TOLIBA(menuntut) dan bukan DAROSA(belajar).Pernahkah anda terfikir?

Seandainya anda fikirkan,anda akan sedar dan mengakui dengan yakin bahawa segala ilmu yang anda perolehi adalah amat sedikit dan hanya dengan izin Allah sahaja anda dapat menguasainya.Ini jelas disebutkan oleh Allah Azza Wajalla dalam ayatul-kursi(Surah al-Baqarah:255):
وَ لاَ يُحِيْطُوْنَ بِشَيْئٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ
Bermaksud:"Dan mereka tidak menguasai Ilmu-Nya melainkan sangat sedikit dan apa yang dikehendakinya."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini kerana ILMU itu membawa kandungan yang sangat besar yang menuntut anda untuk mempelajari,meneliti,mempraktikkan sebagai latihan(diperingkat awalnya),mempraktikkan sebagai penerapan(diperingkat pertengahannya) dan seterusnya mempraktikkannya sebagai amalan dalam kehidupan.

Tarbiah ini sebenarnya mendidik anda untuk berusaha memperbaiki diri daripada seorang yang tidak tahu kepada orang yang tahu.Apabila semua disiplin ilmu ini dilaksanakan,barulah menepati apa yang dibandingkan Allah SWT dalam surah Az-Zumar:9 :
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذينَ يَعْلَمُونَ وَ الَّذينَ لا يَعْلَمُونَ إِنَّما يَتَذَكَّرُ أُولُوا الْأَلْبابِ
Bermaksud: "katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu?Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat mengambil pengajaran"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Moralnya di sini,pelajarilah sesuatu perkara dengan maksud untuk beramal dengannya dan mengambil manfaat daripadanya. Belajar tapi tidak menggunakannya=ILMU TANPA AMALAN. Belajar tapi tidak memberi apa-apa kebaikan padanya=ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT.

Renung-renungkan. Selamat Beramal! ^_^

No comments:

Post a Comment