Friday, November 25, 2011

Dunia kembali ke asalnya

Suatu masa dahulu langit dan bumi itu SATU,Allah pisahkan menjadi dua.Dahulu manusia bergerak menggunakan basikal,kini manusia berkereta dan sebagainya.Dahulu tiada elektrik,kini dunia terang benderang dengan lampu-lampu.Dahulu manusia mungkin tidak berilmu,kini manusia boleh mencipta macam-macam.Malah sudah ada yang mahu melawan tuhannya.Itu semua sememangnya telah berlaku,di depan mata kita sendiri termaktub bukti-buktinya.Hal yang dahulu,termaktub dalam buku-buku sejarah.Hal yang akan datang,kita sendiri berura-ura menciptanya dengan visi dan matlamat.
Dalam sedar atau tidak,masa lalu telah jauh kita tinggalkan dan takkan mampu kita kecapi semula.Tidak hairanlah ketika Imam Al-Ghazali rahimahullah bertanya tentang apakah perkara yang paling jauh jawapannya adalah MASA LALU.Zaman kanak-kanak takkan mampu kita kembali padanya.Pasti semua orang berpandangan dengan pandangan yang sama.

Diantara masa lalu,masakini dan masa akan datang,sudahpasti kita amat fokus dengan perihal masakini.Kata orang,BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA.Ternyata masakini dunia amat pesat membangun dan kemajuan senantiasa dicari-cari oleh matlamat kita.Tiada siapa yang mahu ketinggalan dengan teknologi dan ketamadunan masakini hingga ada yang sanggup bergadai segalanya demi untuk memenuhi kehendak dunia masakini.Setiap gaya dan fesyen menjadi ikutan dan menjadi satu trend.

Dalam kita meniti kesofistikasi dunia masakini,seharusnya kita perlu melakar wacana kehidupan kita dimasa akan datang pula.Kata orang lagi,MASADEPAN KITA ADALAH APA YANG KITA LAKUKAN SEKARANG!.Ironinya,untuk merealisasikan masa depan gemilang kita perlu menetapkan visi dan matlamat yang jelas walaupun sebenarnya kita sememangnya tidak tahu apa masa depan kita kelak.

ALANGKAH RUGINYA..

Sebagai hamba Allah,setiap yang berlaku seharusnya kita sedar bahawa ianya adalah KETENTUAN ALLAH SWT.Seharusnya juga kita sedar,Allah menciptakan sesuatu bukanlah saja-saja dan sia-sia.Pernahkah kita terfikir,MASA LALU pasti akan kembali,MASAKINI pasti berlalu dan MASA HADAPAN hanya akan berlaku jika Allah mengizinkan?

No comments:

Post a Comment