Sunday, November 27, 2011

Senyumlah..

^_HAKIKAT SENYUMAN ^

Banyak lagu dan definisi senyum dalam masyarakat kita.Tidak kira apa bangsa dan agama sudah pasti tahu untuk SENYUM.Senyum digambarkan sebagai ekspresi wajah yang berlaku disebabkan gerakan bibir yang melebar ke sisi mulut.
Apa sebabnya kita boleh tersenyum?Ironinya,senyum biasanya ditafsirkan berlaku apabila kita menyenangi akan sesuatu keadaan atau situasi.Mana mungkin orang yang stress atau marah dapat tersenyum.Akan tetapi,itu semua tidak mustahil boleh berlaku.Mari kita lihat,sejauhmana aktiviti senyuman ini boleh mempengaruhi keadaan sehinggakan ianya dikatakan sebagai salah satu daripada SEDEKAH.
^_^ SENYUM DALAM KESENANGAN ^_^

Hal yang sangat lazim berlaku adalah kita mampu untuk senyum dalam keadaan kita diberi Allah kesenangan hidup yang berupa harta,rezeki,anak-anak,rakan-rakan dan sebagainya dari ganjaran dunia atau akhirat.
Firman Allah SWT dalam Ali-Imran:14
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَواتِ مِنَ النِّساءِ وَ الْبَنينَ وَ الْقَناطيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَ الْفِضَّةِ وَ الْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَ الْأَنْعامِ وَ الْحَرْثِ ذلِكَ مَتاعُ الْحَياةِ الدُّنْيا وَ اللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ 
Maksudnya:
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). "

^_^ SENYUM DALAM KETENANGAN ^_^

Kesenangan dan ketenangan adalah hal yang berbeza.Kesenangan dapat digambarkan melalui banyaknya harta dan sebagainya akan tetapi ketenangan digambarkan dari hati yang membawa kepada perilaku yang bersahaja.
Ada orang yang miskin lebih tenang hidupnya berbanding orang yang kaya-raya.Bagi orang mukmin,ketenangan adalah yang lebih dicari dari kesenangan dunianya semata-mata.
Allah SWT berfirman lagi dalam surah Al-fath:4
هُوَ الَّذي أَنْزَلَ السَّكينَةَ في‏ قُلُوبِ الْمُؤْمِنينَ لِيَزْدادُوا إيماناً مَعَ إيمانِهِمْ وَ لِلَّهِ جُنُودُ السَّماواتِ وَ الْأَرْضِ وَ كانَ اللَّهُ عَليماً حَكيماً
Maksudnya:
"Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

^ SENYUMAN-SENYUMAN PALING MANIS ^
^_^ SENYUMAN DALAM KEPEDIHAN ^_^

Kita sedia maklum dalam kita berkelapangan,ada orang lain yang sedang berhempas pulas menahan kepedihan,kesakitan akibat penyakit atau situasi perang dan sebagainya.Adakah kita rasa mereka mampu tersenyum?
Pernahkah kita hayati,bagaimana Nabi Allah Ayyub a.s menahan dugaannya tika Allah mendatangkan kesakitan berupa penyakit kulit kepadanya?
Cuba anda senyum ketika anda sedang sakit,apa rasanya?Pasti sukar bukan..akan tetapi cuba ketika anda sakit,anda hayati kesakitan itu dan setkan dalam minda betapa nikmatnya kesakitan yang Allah beri kita rasa itu.Anda pasti akan bersabar dengan kesakitan itu. Boleh?^_^cubalah..
Firman Allah dalam surah Shaad:44
وَ خُذْ بِيَدِكَ ضِغْثاً فَاضْرِبْ بِهِ وَ لا تَحْنَثْ إِنَّا وَجَدْناهُ صابِراً نِعْمَ الْعَبْدُ إِنَّهُ أَوَّابٌ
"Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput), maka pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah. Sesungguhnya Kami dapati dia(Ayyub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhan-nya)"


>> Nabi Ayyub a.s. menderita penyakit kulit beberapa waktu lamanya dan dia memohon pertolongan kepada Allah s.w.t. Allah kemudian memperkenankan doanya dan memerintahkan agar dia menghentakkan kakinya ke bumi.Ayyub mentaati perintah itu maka keluarlah air dari bekas kakinya atas petunjuk Allah, Ayyub pun mandi dan minum dari air itu, sehingga sembuhlah dia dari penyakitnya dan dia dapat berkumpul kembali dengan keluarganya. Maka mereka kemudia berkembang biak sampai jumlah mereka dua kali lipat dari jumlah sebelumnya. Pada suatu ketika Ayyub teringat akan sumpahnya, bahwa dia akan memukul isterinya bilamana sakitnya sembuh disebabkan isterinya pernah lalai mengurusinya sewaktu dia masih sakit. Akan tetapi timbul dalam hatinya rasa hiba dan sayang kepada isterinya sehingga dia tidak dapat memenuhi sumpahnya. Oleh sebab itu turunlah perintah Allah seperti yang tercantum dalam ayat 44 di atas, agar dia dapat memenuhi sumpahnya dengan tidak menyakiti isterinya yaitu memukulnya dengan dengan seikat rumput. 

^_^ SENYUMAN DALAM KESEDIHAN ^_^
Siapa agaknya yang mampu tersenyum seandainya ada ahli keluarga yang pergi untuk selama-lamanya?atau kehilangan sesuatu yang disayangi?Apatahlagi jika sedang ditimpa kesusahan seperti kerompakan dan sebagainya?


Ingatlah wahai sahabat,apa yang berlaku adalah kehendak-Nya.Mungkin mengingatkan kita akan hakikat kepada siapa kita wajib mempergantungkan diri.Setelitimana rancangan kita,jika tiada izin Allah pasti tetap takkan berlaku.Usahlah kita lupa untuk menzahirkan Kekuasaan sebenar Allah SWT.


Jika seorang ahli sukan percaya yang ia boleh menjadi pemenang,ia harus meletakkan pengharapan akhirnya kepada Allah bukan hanya percaya kemampuan dirinya semata-mata.Apa sahaja yang terjadi setelah itu,pasti ada hikmahnya kerana Allah menciptakan sesuatu tidak sia-sia.
Firman Allah dalam surah Faathir:8
أَ فَمَنْ زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ فَرَآهُ حَسَناً فَإِنَّ اللَّهَ يُضِلُّ مَنْ يَشاءُ وَ يَهْدي مَنْ يَشاءُ فَلا تَذْهَبْ نَفْسُكَ عَلَيْهِمْ حَسَراتٍ إِنَّ اللَّهَ عَليمٌ بِما يَصْنَعُونَ
"Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan) ? Maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya; maka janganlah dirimu binasa karena kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
^_^ SENYUMAN DALAM PENYESALAN ^_^


Jika namanya manusia biasa,pasti melakukan kesilapan.Yang silap pasti menyesal dan menangisinya.Mengapa pula tersenyum?Jika kita sedar,berapa ramai orang yang mahu banyak menangis kerana Allah?


seandainya anda orang yang disebutkan ini,bersyukurlah kerana anda orang yang diberi nikmat oleh Allah SWT.
Firman allah SWT dalam surah Maryam:58
أُولئِكَ الَّذينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ مِنْ ذُرِّيَّةِ آدَمَ وَ مِمَّنْ حَمَلْنا مَعَ نُوحٍ وَ مِنْ ذُرِّيَّةِ إِبْراهيمَ وَ إِسْرائيلَ وَ مِمَّنْ هَدَيْنا وَ اجْتَبَيْنا إِذا تُتْلى‏ عَلَيْهِمْ آياتُ الرَّحْمنِ خَرُّوا سُجَّداً وَ بُكِيًّا
"Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang-orang yang Kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil, dan dari orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis."


Maka,bersyukurlah..Senyum ye ^_^

No comments:

Post a Comment