Monday, November 7, 2011

Antara Riyak & Malu

Apabila kita memperkatakan tentang akhirat,kunci utama mendapat kebahagiaan akhirat itu adalah dengan mewujudkan sifat TAQWA dalam hati,pemikiran,tindakan dan amalan kita setiap masa.Mukmin yang sejati senantiasa berwaspada dari dosa-dosa tanpa sengaja, apatahlagi dosa yang jelas&nyata.


Allah swt pernah berfirman dalam hadis Al-Qudsi yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Anas r.a :
يقول الله يوم القيامة : أخرجوا من النار من ذكرني يوما أو خافني في مقام


Maksudnya:Allah s.w.t berfirman pada hari kiamat:"Keluarkanlah dari Neraka orang yang pernah Ingat kepada-Ku pada suatu hari atau orang yang pernah merasa takut kepada kedudukan-Ku"


Dalam dunia masakini,budaya barat telah banyak mempengaruhi amalan kita sehari-hari.Ini jelas sekali apabila bahasa inggeris dijadikan bahasa utama di seluruh dunia.Sedangkan kita sendiri tahu bahawa bahasa itu bukan bahasa Alquran.Dakyah bukan islam betul-betul menjadikan kita lupa kepada bahasa syurga (b.arab)ini.

cuba kita lihat sendiri,berapa ramai yang berhabis wang dan masa untuk hadir dalam majlis-majlis ilmu jika dibandingkan dengan konsert hiburan seperti Justin Bieber?Di tv pula, berbagai rancangan yang mendorong kita menjadi penyanyi,artis hiburan atau idola negara.Perlukah idola negara berasal dari seorang Penyanyi?yang lelaki bergaul bebas,yang wanita terkinja-kinja di atas pentas dengan memperagakan fesyen terbuka aurat.Inikah idola yang diharapkan dari kalangan anak-anak atau saudara mara kita?




[ APA ITU RIYAK ]


رياء (RIYA') berasal dari perkataan arab iaitu راء (RA') yang bermaksud melihat. Maka رياء (RIYA') pula bermaksud memperlihatkan.  Dan dalam istilah Islam pula رياء (RIYA') itu bermaksud menunjuk-nunjuk dalam melakukan sesuatu amalan, beramal kerana mengharapkan sesuatu balasan duniawi, yang dilakukan secara tidak ikhlas dan penuh kepalsuan.


Wajiblah kita ketahui bahawa sifat riyak ini adalah pakaian bagi orang munafiq.Ini pernah disebutkan dalam firman Allah swt dalam surah An-Nisaa:142.
إِنَّ الْمُنافِقينَ يُخادِعُونَ اللَّهَ وَ هُوَ خادِعُهُمْ وَ إِذا قامُوا إِلَى الصَّلاةِ قامُوا كُسالى‏ يُراؤُنَ النَّاسَ وَ لا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلاَّ قَليلاً
"Sesungguhnya orang- orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya ( dengan salat ) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali."
Jika kita selidiki,berapa ramaikah anak-anak melayu islam kita yang pergi ke tempat-tempat awam dengan berpakaian terbuka aurat dan menjolok mata?Memang tidak terkira bilangannya.Mereka berpakaian seperti itu,apa tujuannya?Cuba perhatikan punca berikut: 

  • Mereka melakukannya untuk MENARIK PERHATIAN.
  • untuk DIPANDANG TIDAK KETINGGALAN.
  • untuk BERBANGGA.
Rasulullah SAW bersabda :
"Yang paling aku takuti atas kalian adalah syirik kecil".Para Sahabat bertanya:"wahai Rasulullah,apakah syirik kecil itu?"Baginda menjawab:"Riya'.." (HR AHMAD)
[ APA PUNCANYA? ]


>> PENERAPAN DI USIA MUDA


Sifat riyak ini mudah menjadi amalan kerana ianya telah diterapkan dari bangku sekolah lagi.Inilah punca kepada kekeliruan generasi islam masakini. Manakan tidak,dengan penat lelahnya kanak-kanak bersekolah pagi dan petang,guru-guru pula sibuk mendidik ajaran sebenar islam,apabila mereka pulang ke rumah,menonton hiburan dalam tv,mereka akan jadi rileks.


Dalam masa rileks inilah ajaran islam mampu dikikis dari benak mereka. Di sekolah mereka diajar menutup aurat,di tv pula mereka didedahkan dengan ikon-ikon yang tidak menutup aurat. Pada hemah anda,manakah situasi yang lebih terkesan dihati mereka?


>> DIMANJAKAN DENGAN TOLAK ANSUR


Rasulullah SAW pernah berpesan:


Perintahkanlah anak-anakmu dengan (menunaikan)solat pada umur 7 tahun.Dan pukullah mereka kerana (meninggalkan) solat pada umur 10 tahun , dan pisahkanlah antara mereka pada tempat tidurnya.” 

(HR Imam Ahmad , Abu Daud dan al-Hakim)



Kebanyakan institusi kekeluargaan amat mementingkan kejayaan duniawi berbanding ukhrawi. Ini jelas sebagai satu punca mengapa sifat riyak ini masih berleluasa masakini. Kebanyakan keluarga langsung tidak mengambil kisah jika anak-anak bergaul bebas,tidak menutup aurat mahupun membuang masa. Ini secara tidak langsung mewujudkan jatidiri yang tidak berdisiplin dan bertindak mengikut naluri kemahuan mereka sendiri.


jika kita mahu mengambil tahu,jadikan hadis di atas sebagai pedoman. Dapat kita lihat,apa yang diperintahkan Allah seharusnya mesti didedahkan seawal umur 7tahun. Ini menunjukkan penerapan ketaatan adalah seawal usia anak-anak.


Hadis ini juga menunjukcara seawal umur 7tahun sebagai medium pendedahan sehingga meningkat 10tahun pula adalah medium pendisiplinan.Sedangkan kita semua tahu mereka wajib menunaikan solat apabila Baligh sahaja.


>> KURANG PEMANTAUAN


Jika kita lihat lagi hadis tersebut,seandainya perkataan solat itu digantikan dengan RIYAK,apa agaknya jatidiri yang akan terbentuk pada anak-anak itu?


Mungkin kita boleh katakan yang kita tidakpun memerintahkan atau mendidik mereka dengan sifat riyak. Jika kita sedari,itu tanggapan kita apabila melihat secara zahirnya. Sedangkan mereka(anak-anak) terpanggil dan terdidik dengan sifat itu melalui kelekaan kita memantau mereka yang mungkin terikut-ikut ikon hiburan mereka sehinggakan mereka bercita-cita mengikut jejak ikon mereka yang jika kita tidak melarangnya,akan terteraplah sifat-sifat riyak yang bakal membawa kepada sifat UJUB.


[ UJUB ]


Maksud ujub ialah menganggap dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain seperti membanggakan dirinya lebih berilmu, lebih banyak ibadah dan sebagainya. Tanpa bimbangkan kehilangan perkara-perkara tersebut dan melupai yang ianya pemberian dari Allah swt kepadanya. Ujub ini adalah punca kepada sifat takbur.

Sifat ujub ini suatu kelakuan hati yang sangat berbahaya dan tercela. Dia membinasakan ibadah dan menghilangkan pertolongan Allah swt.Firman Allah SWT:


لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ في‏ مَواطِنَ كَثيرَةٍ وَ يَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئاً وَ ضاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِما رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرينَ

Dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu pada waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. [Surah At Taubah: 25]

Ibnu Mas'ud ada berkata: Kebinasaan itu berpunca daripada dua perkara – pertama, putus asa dari rahmat dan kurnia Allah swt, kedua, merasakan diri lebih daripada orang lain lalu memandang lekeh kepadanya.

Firma Alllah swt:

أَلْهاكُمُ التَّكاثُرُ   |  حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقابِرَ

Bermegah-megah telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur.

[Surah Al-Takatsur:1-2]
Wallahua'lam. :)

No comments:

Post a Comment