Monday, November 7, 2011

Tips mengingat Mati..



Kesibukan dunia semakin menghantui manusia akhir zaman kini.Sama ada ianya adalah Dakyah penentang islam atau kelogikan arus masa kini semakin sukar ditentukan. Kekeliruan umat islam semakin besar dan kefahaman tentangnya semakin pudar.






Yang amat menyedihkan kini,amalan keislaman telah terpandu kepada keinginan nafsu penganutnya sendiri. Jika islam menyatakan bahawa muzik yang dipetik atau ditiup itu HARAM,kini ia boleh pula diterima pakai dengan syarat-syarat tertentu(cth:asalkan liriknya baik). Jika dahulu,apabila islam menggariskan sesuatu hukum orang akan dengar dan taat(sami'na wa 'ato'na),masakini pula islam perlu menunjukkan pula alternatif lain sebagai pengganti kepada apa yang telah dihukumkan. Ini bererti kini,nafsu perlu juga dipuaskan.


Apabila Nafsu sering ingin dipuaskan,maka kita akan leka dengan kematian. Sedangkan Imam Al-Ghazali r.a pernah menjawab akan pertanyaan apakah perkara yang paling hampir dengan kita ialah M.A.U.T. Arakiannya para penentang islam benar-benar ingin menyelamatkan diri daripada kematian,begitu juga umat islam masakini yang leka dengan dunianya sendiri. Adakah sama matlamat umat islam dengan mereka?Persoalannya,dapatkah kita lari daripada kematian?


Firman Allah swt dalam surah Yunus:49 yang berbunyi:
قُلْ لا أَمْلِكُ لِنَفْسي‏ ضَرًّا وَ لا نَفْعاً إِلاَّ ما شاءَ اللَّهُ لِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ إِذا جاءَ أَجَلُهُمْ فَلا يَسْتَأْخِرُونَ ساعَةً وَ لا يَسْتَقْدِمُونَ
Katakanlah:" Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudaratan dan tidak( pula )kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap- tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak( pula )mendahulukan ( nya )"


Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah

s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di
muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah
seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail:
‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk
mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."


# SENTIASA BERTAWAKKAL


# MERASAKAN DIRI DIPERHATIKAN


# BERLUMBA-LUMBA BERTAUBAT


# MENCARI REDHA ALLAH

No comments:

Post a Comment