Wednesday, September 14, 2011

KLINIK :CINTA AL-QURAN


  • Assalamualaikum wbt.Pada 27 julai lalu,kami mendapat jemputan untuk mengadakan sebuah program yang bertajuk:KLINIK:CINTA AL-QURAN di SMK MERU,Klang.


  • Kami dan pihak sekolah menganggarkan penyertaan untuk kali pertama program ini paling ramai 50 orang pelajar sekolah menengah.Kami bersyukur,rupanya penyertaan sangat menggalakkan.Di anggarkan seramai 73 orang pelajar telah menyertai program yang julung-julung kami anjurkan ini.Tak cukup tangan juga!


  • Program ini adalah program pemahaman ilmu berkaitan pembacaan al-quran.ia juga bertujuan memberi pendedahan tentang adab-adab mempelajari Al-quran,memberi tunjuk cara sebutan huruf yang betul,mudah mengenal  hukum tajwid  serta menerapkan nilai tentang kepentingan membaca,mempelajari serta mengamalkan Al-quran dalam kehidupan seharian.
  • Alhamdulillah.Walaupun sedikit masalah teknikal,akhirnya program ini dapat dijalankan dengan jayanya.


Program ini telah di moderatorkan oleh Al-fadhil Ustaz Muhamad Fitri Shah dan dibantu fasilitator berpengalaman,saudari Nur afifi.Sepanjang program ini berlangsung,peserta disajikan dengan ceramah-ceramah ilmu,selain praktikal bacaan,aktiviti buku kerja dan semakan bacaan secara talaqi ddan musyafahah.


Para peserta kebanyakannya terdiri daripada pelajar tingkatan menengah rendah(1-3) yang beraliran agama.Tahniah kami ucapkan kerana ada pelajar yang bukan beraliran agama turut sama menyertai program ini.Ini menunjukkan adanya minat dikalangan pelajar-pelajar melayu dalam mendalami ilmu al-quran ini.Siapa lagi yang akan memartabatkan al-quran ini jika bukan umat islam sendiri.


bTerima kasih tak terhingga kepada ustazah suhana(guru aliran agama)dan pihak sekolah yang sudi menjemput kami menyebarkan ilmu pemahaman al-quran ini di sini.Segala kekurangan memang tidak dapat dielakkan kerana program ini adalah julung kali diadakan.Insya-Allah,kami akan perbaiki segala kelemahan di masa-masa yang akan datang.Sekali lagi diucapkan tahniah dan SYUKRAN JAZILAN WAMARHABAN BIKUM.Wallahu-a'lam..:)

No comments:

Post a Comment