Thursday, June 30, 2011

BERFAEDAHKAH HUTANG?


Keperluan masa kini semakin menggunung selaras dengan pembangunan ketamadunan dunia. Dari hanya keperluan asas manusia seperti makan minum,pakaian dan kediaman selesa,keperluan bertambah lagi dengan pendidikan,kenderaan yang baik dan lain-lain perkara lagi menjadi sesuatu yang wajar dimiliki demi menjamin kelangsungan hidup seharian.

Amat mendukacitakan pula,kebanjiran perkara asasi masakini ini menjadikan kita sukar membezakan yang mana perkara keperluan atau perkara kehendak/keinginan semata-mata.Jika perkara itu benar-benar adalah keperluan tidak mengapa,yang membimbangkan adalah jika perkara itu hanya keinginan semata-mata sehingga kita sanggup berhutang kerana kehendak dan nafsu yang mesti dipuaskan.

1.1  DEFINISI HUTANG

HUTANG dari segi syarak : Memberi pinjam sesuatu barang atau manfaat kepada individu tertentu yang diketahui dapat mengembalikannya(barang itu)semula.
Pinjaman itu pula mestilah mengikut rukun-rukunnya dan keadaan-keadaan yang membolehkan ia dilakukan.

1.2  ADAKAH  ANDA BERHUTANG?

Jika kita bertanya pada diri,adakah aku berhutang pasti kita sendiri dengan mudah dapat menjawabnya.Akan tetapi jika difikirkan sejenak,kita semestinya akan lebih pasti jawapan yang sebenar.Sebenarnya hutang terbahagi dengan hutang dunia dan hutang akhirat.

Hutang Dunia : Segala bentuk pinjaman aset / manfaat / hak yang diberikan kepada seseorang individu yang memiliki kepada individu yang memerlukannya.Ia memerlukan pemulangan semula samaada dengan faedah atau tidak.Ianya juga perlu dilangsaikan oleh peminjam atau warisnya.Jika tidak dipulangkan semula,boleh dikenakan tindakan mahkamah atau lain-lain.

Hutang AKHIRAT : Segala bentuk Tanggungjawab fardhu Ain yang wajib dilakukan oleh individu islam akan tetapi tidak dilaksanakan dengan sebab jahil,lupa,lalai,sengaja atau tidak.Ianya juga perlu dilaksanakan semula oeh setiap individu dan warisnya akan tetapi sesetengah perkara tidak boleh dilangsaikan oleh orang lain(waris).Jika tidak dilangsaikan akan diadili oleh Allah s.w.t kelak dan kita tidak seharusnya menghukum perkara yang hanya Allah sendiri mengetahuinya.

1.3  HUKUM BERHUTANG DAN MEMBERI HUTANG

يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوْهُ وَ لْيَكْتُبْ بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ وَ لاَ يَأْبَ كَاتِبٌ أَنْ يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ اللهُ فَلْيَكْتُبْ وَ لْيُمْلِلِ الَّذِيْ عَلَيْهِ الْحَقُّ وَ لْيَتَّقِ اللهَ رَبَّهُ وَ لاَ يَبْخَسْ مِنْهُ شَيْئًا فَإنْ كَانَ الَّذِيْ عَلَيْهِ الْحَقُّ سَفِيْهًا أَوْ ضَعِيْفًا أَوْ لاَ يَسْتَطِيْعُ أَن يُمِلَّ هُوَ فَلْيُمْلِلْ وَلِيُّهُ بِالْعَدْلِ وَ اسْتَشْهِدُوْا شَهِيْدَيْنِ منْ رِّجَالِكُمْ فَإِنْ لَّمْ يَكُوْنَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَ امْرَأَتَانِ مِمَّنتَرْضَوْنَ مِنَ الشُّهَدَاء أَنْ تَضِلَّ إْحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الْأُخْرَى وَ لاَ يَأْبَ الشُّهَدَاءُ إِذَا مَا دُعُوْا وَ لاَ تَسْأَمُوْا أَنْ تَكْتُبُوْهُ صَغِيْرًا أَو كَبِيْرًا إِلَى أَجَلِهِ ذَلِكُمْ أَقْسَطُ عِنْدَ اللهِ وَ أَقْومُ لِلشَّهَادَةِ وَأَدْنَى أَلاَّ تَرْتَابُوْا إِلاَّ أَنْ تَكُوْنَ تِجَارَةً حَاضِرَةً تُدِيْرُوْنَهَا بَيْنَكُمْ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَلاَّ تَكْتُبُوْهَا وَ أَشْهِدُوْا إِذَا تَبَايَعْتُمْ وَ لاَ يُضَآرَّ كَاتِبٌ وَ لاَ شَهِيْدٌ وَ إِنْ تَفْعَلُوْا فَإِنَّهُ فُسُوْقٌ بِكُمْ وَ اتَّقُوا اللهَ وَ يُعَلِّمُكُمُ اللهُ وَ اللهُ بِكُلِّ شَيْئٍ عَلِيْمٌ
" Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, meka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu'amalahmu itu), kecuali jika mu'amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
(Surah Al-Baqarah : 282)

Hukum hutang piutang bersifat fleksibel tergantung situasi dan toleransi. Pada umumnya pinjam-meminjam hukumnya SUNAH/SUNAT bila dalam keadaan normal. Hukumnya HARAM jika meminjamkan wang untuk membeli dadah, berbuat kejahatan, menyewa pelacur, dan sebagainya. Hukumnya WAJIB jika memberikan kepada orang yang sangat memerlukan seperti tetangga yang anaknya sedang sakit tenat dan memerlukan wang untuk membeli ubat.

Dalam Hutang Piutang Harus Sesuai dengan Rukun yang Ada :
- Ada orang yang berhutang / peminjam / penghutang / debitor
- Ada orang yang memberi hutang / kreditor
- Ada ucapan kesepakatan atau ijab qabul / qobul
- Ada barang atau wang yang akan dihutangkan

Hutang piutang dapat memberikan banyak manfaat / syafaat kepada kedua belah pihak. Hutang piutang merupakan perbuatan saling tolong menolong antara umat manusia yang sangat dianjurkan oleh Allah SWT selama tolong-menolong dalam kebajikan. Hutang piutang dapat mengurangi kesulitan orang lain yang sedang dirundung masalah serta dapat memperkuat tali persaudaraan kedua belah pihak.

1.4  HUTANG DUNIA,WAJIBKAH DIBAYAR?

Perlukah kita melangsaikan hutang sedangkan ia tidak pula disyariatkan dalam Al-quran ataupun hadis?Itu mungkin pada tanggapan kita.Perlukah kita membayar saman jalanraya atas kesalahan tidak mempunyai lesen memandu sedangkan tidak disebutkan sesekali dalam alquran kewajipan mempunyai lesen memandu?Bahkan kita berkata bahawa nabi saw sendiri mana mungkin mempunyai lesen memandu.Atau mungkin juga kita berkata,zaman nabi saw dulu mana ada jabatan pengangkutan jalan.Semua ini Bidaah!!

Masya-Allah.Walaupun tidak dibuktikan dengan jelas hukuman bagi kesalahan tersebut di atas,kita perlu kembali kepada asas penghukuman islam dari jalan yang disepakati oleh Ahli sunnah wal jamaah.Iaitu kesemua imam yang empat syafei,hanbali,maliki dan hanafi.

Sumber penentuan hukum islam itu bermula dengan Al-quran - hadis - Qiyas - ijtihad ulama sehingga yang terakhir disebut sebagai undang-undang pemerintah yang memandang kepada maslahah(keperluan) umat dan hak.Segala penambahbaikan itu sememangnya dituntut islam.Apa sahaja yang tidak sebutkan dengan jelas dalam Alquran dan sunnah tidak semestinya tidak boleh dilakukan.Nabi saw sendiri bersabda yang diriwayatkan imam Al-Bukhariy:"kamu lebih mengetahui tentang urusan duniamu sendiri".

kesimpulannya,apa sahaja yang dikatakan sebagai HUTANG itu sememangnya WAJIB dikembalikan.Samaada dari hutang dunia mahupun akhirat Kecuali atas sebab-sebab yang memang tidak dapat dielakkan(darurat).Yang penting sekiranya kita telah berhutang,tanamkan dalam hati azam untuk kita melangsaikannya.Mudah-mudahan jika kita mati kelak,kita tergolong orang yang berusaha untuk melangsaikan hutang tersebut.Wallahua'lam.

1.5  TUNTUTAN MEMBAYAR HUTANG

Bagi orang yang berhutang,Nabi saw pernah bersabda:
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya :Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Sabda baginda saw lagi:

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya
( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )



Sedangkan bagi pemberi hutang,adalah sebaiknya memberi tangguh jika si penghutang sedang lagi menhadapi kesukaran untuk melangsaikan hutangnya.Ini disebutkan oleh Allah dalam Surah al-Baqarah : 280 :
وَ إِنْ كَانَ ذُوْ عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَ أَنْ تَصَدَّقُوْا خَيْرٌ لَّكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ
"Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."

Ini kerana jika si penghutang itu dizalimi(dengan memaksanya)sedangkan ia dalam kesusahan,maka ia akan diampuni Allah swt.Ini pernah disebutkan dalam firman-Nya dalam Surah As-Syuura :41 berbunyi:
وَ لَمَنِ انْتَصَرَ بَعْدَ ظُلْمِهِ فَأُولئِكَ ما عَلَيْهِمْ مِنْ سَبيلٍ
"Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada satu dosapun terhadap mereka. "

1.6  ASHABU-AL-A'RAF

Firman Allah swt dalam surah Al-A'raf ayat 46-50:
وَ بَيْنَهُما حِجابٌ وَ عَلَى الْأَعْرافِ رِجالٌ يَعْرِفُونَ كُلاًّ بِسيماهُمْ وَ نادَوْا أَصْحابَ الْجَنَّةِ أَنْ سَلامٌ عَلَيْكُمْ لَمْ يَدْخُلُوها وَ هُمْ يَطْمَعُونَ
"Dan di antara keduanya (penghuni surga dan neraka) ada batas; dan di atas A'raaf  itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru penduduk surga: "Salaamun 'alaikum" Mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya). "

وَ إِذا صُرِفَتْ أَبْصارُهُمْ تِلْقاءَ أَصْحابِ النَّارِ قالُوا رَبَّنا لا تَجْعَلْنا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمينَ
"Dan apabila pandangan mereka dialihkan ke arah penghuni neraka, mereka berkata: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim itu." 

1.7  JELASKAN PEMAHAMAN ANDA

No comments:

Post a Comment