Monday, September 19, 2011

Bersyukurlah:Insan bernama WANITA..(1)



Betapa istimewanya insan yang bernama WANITA.Suatu masa dahulu(sebelum kelahiran nabi Muhammad saw), orang arab Jahiliyyah sangat berhati-hati dengan anak-anak perempuan. Tersentuh hati apabila satu riwayat menceritakan bagaimana seorang bapa berpura-pura membawa seorang anak perempuannya bersiar-siar ke dalam hutan,rupanya berakhir dengan anak perempuan itu ditanamnya hidup-hidup tanpa sedikitpun belas kasihan.
 Sehinggakan Al-quran pernah menceritakan tentang amalan ini dalam surah At-Takwir:8 :
وَ إِذَا الْمَوْؤُدَةُ سُئِلَتْ
“Apabila bayi-bayi perempuan yang dikuburkan hidup-hidup bertanya kerana dosa apa dia dibunuh” 

Juga dalam surah An-Nahl:58-59 :
وَ إِذا بُشِّرَ أَحَدُهُمْ بِالْأُنْثى‏ ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدًّا وَ هُوَ كَظيمٌ
يَتَوارى‏ مِنَ الْقَوْمِ مِنْ سُوءِ ما بُشِّرَ بِهِ أَ يُمْسِكُهُ عَلى‏ هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرابِ أَلا ساءَ ما يَحْكُمُونَ
“Dan apabila seseorang dari mereka di beri khabar dengan ( kelahiran ) anak perempuan, hitamlah ( merah padamlah ) mukanya, dan dia sangatmaran. Dia menyembunyikan dirinya dari orang ramai disebabkan berita buruk yang disampaikan kepadanya. Adakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukahakan menguburkannya ke tanah ( hidup-hidup )? ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.”

Saidina Umar tatkala dirinya masih bergelar seorang musyrik pernah menanam anak perempuannya tanpa belas kasihan. Namun, pernahkah kita terfikir mengapa sebenarnya orang Arab di zaman jahiliyah menjadikan pembunuhan anak perempuan sebagai satu adat?

Ia bermula daripada salah sebuah suku Arab yang dinamakan suku Bani Tamim. Ketika itu mereka dan suku-suku lain telah diserang oleh Nu’man b. Mundzir yang merupakan penguasa di Iraq. Setelah beberapa hari berperang akhirnya suku Bani Tamim tewas dan harta benda serta gadis-gadis dari suku mereka menjadi tawanan.

Dengan rasa prihatin dan simpati, Bani Tamim telah menghantar wakil-wakil mereka untuk berunding dan memohon agar gadis-gadis dari suku mereka dibebaskan. Salah seorang daripada wakil tersebut adalah Qais b. Asim.

Oleh kerana terdapat di antara gadis-gadis yang ditawan itu telah berkahwin maka Nu’man telah memberi pilihan kepada mereka samaada memutuskan hubungan dengan orang tua mereka atau bercerai dari suami mereka lalu kembali ke pangkuan orang tua mereka.

Qais yang ketika itu dengan penuh semangat datang untuk membebaskan anak perempuannya telah dimalukan. Apakan daya, puterinya telah sanggup memilih untuk memutuskan hubungan dengannya kedua orang tuanya demi bersama suaminya yang tercinta.

Penghinaan yang telah dibuat oleh anak perempuannya ke atas dirinya menyebabkan Qais telah bersumpah untuk membunuh anak perempuannya sebaik sahaja dilahirkan. Akhirnya secara perlahan-lahan perbuatan ini mempengaruhi suku-suku untuk melakukan hal yang sama.



Semasa zaman kerasulan Nabi saw,dengan izin Allah Qais masih dipanjangkan umur dapat bertemu Nabi saw sendiri,menceritakan perbuatan dan mengakui telah menanam 12 orang anak perempuannya. Masya-Allah..

Pada zaman kerasulan nabi saw inilah kaum WANITA diangkat ke martabat yang tinggi. PERNAHKAH ANDA TERFIKIR UNTUK BERSYUKUR WAHAI KAUM WANITA?

No comments:

Post a Comment