Friday, April 1, 2011

Al-Wahan..


Rasulullah S.A.W bersabda,“Hampir tiba masanya kamu akan
diserbu oleh bangsa-bangsa lain (musuh-musuh kamu), sebagaimana orang-orang lapar menghadap hidangan di dalam jamuan”. 
Sahabat bertanya, “apakah semua itu berlaku disebabkan oleh jumlah kami yang sedikit?”. Rasulullah S.A.W menjawab, “bahkan ketika itu jumlah kamu amat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari seumpama buih di permukaan banjir. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit AL-WAHAN”. 
Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah al-wahan itu ? “
Jawab Rasulullah SAW “ialah cinta dunia dan takut menghadapi maut. ”

(Hadis riwayat Abu Daud daripada Sauban)

Hadis di atas jelas menceritakan yang suatu hari nanti,umat islam akan berada pada tahap yang tinggi populasinya akan tetapi amat rendah atau terkebelakang tahap moralnya.Amatlah perlu kita sebagai muslim mengenali,mempelajari,mengkaji,menjauhi dan mencari penyelesaian tentang permasalahan penyakit berjangkit AL-WAHAN ini.

"CINTA DUNIA"

firman Allah dalam surah Ali 'imran:14:
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).
Mari kita kaji,apakah yang dikatakan sebagai cinta dunia,penyebabnya,keharusannya dan punca ianya masih tidak mampu dibendung dan diatasi.
Maksud secara mudahnya,Cinta dunia ialah satu penyakit suka akan hal-hal keduniaan,yang mendorong kepada keuntungan dunia dan lalai mengemudinya sehingga terlupa akan tanggungjawab kepada Allah dan agama.Seperti contoh,jika suatu hari kita terlewat bangun untuk ke tempat kerja,lihat jam 7.40pagi,masuk kerja jam 8.00pg.Setelah bersiap-siap lebih kurang,baru teringat belum solat subuh.Jika anda berada dalam situasi ini,apa yang anda akan lakukan?terus ke tempat kerja atau solat subuh terdahulu?

"PENYEBAB KEPADA CINTA DUNIA"

Jika kita selidiki sendiri,adalah terlalu banyak sebab yang menjadi penyebab kepada penyakit ini.Ditegaskan di sini,Cinta dunia ini adalah suatu penyakit berjangkit bukan azalinya kepada fitrah manusia.Akan tetapi,oleh kerana manusia itu dilahirkan ke dunia ini dibekali dengan ruh,nafsu,jasad,aqal dan hawa,maka itu semua adalah menjadi penyebab kepada jangkitan penyakit AL-WAHAN ini.
  • Ruh/jiwa - adalah seperti sebuah harddisk besar yang menyimpan memori samaada baik atau buruk,seperti juga sehelai kertas lukisan yang bersedia untuk dilukis yang tidak akan terpadam atau bertambah melainkan atas usaha si pelukisnya. Jadi,Ruh/jiwa ini bukanlah penyebab asal kepada AL-WAHAN,akan tetapi  ianya adalah sebuah tempat yang akan dijangkiti atau sebaliknya.
  • Nafsu      - keinginan atau kecenderungan hati yang sangat kuat.Jika keinginan itu adalah kebaikan,maka ia akan mempengaruhi diri untuk melakukan kebaikan walau apa jua halangan.Begitulah sebaliknya.Jadi,nafsu adalah antara penyebab penyakit ini kerana jika nafsu mendidik aqal untuk keduniaan,secara automatik akan terhinggaplah AL-WAHAN itu.
Firman Allah dalam surah yusuf :53:
"Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
  • Aqal        - daya fikir untuk memahami sesuatu,yang perlu didorong untuk mengingini atau membenci,membiar atau menahan dan juga mencipta atau menghapus sesuatu.Daya fikirnya mempunyai pelbagai emosi dan penaksiran.Maka,kekuatan daya fikir ini mendorong kepada dekat atau jauhnya penyakit AL-WAHAN ini.
  • Hawa      - keinginan yang mendorong kepada nafsu.desakan hati dan keinginan yang bersangatan.Perancang kepada tindakan nafsu.Seperti juga nafsu,jika hawa ini dididik oleh aqal yang kuat,ianya akan mudah dilentur dan akan mampu menjadi Antibodi untuk penyakit AL-WAHAN ini.
ADAKAH KEHARUSAN KEPADA 'CINTA DUNIA'?


Cinta dunia itu harus sekiranya kecintaannya kepada dunia kerana mengharap keredhaan Allah swt dan rasul-Nya.Sebagai contoh:



  • cinta kepada pasangan  - cintanya kerana kesetiaan,menginginkan pasangannya untuk kembali kepada kebaikan,kepada yang lebih baik,agar dapat mendidik anak-anaknya kepada mencintai Allah dan rasul-Nya.
  • cinta kepada harta benda  - cintanya kerana menjaga kemudahan untuk melaksanakan ibadah,dapat memberi kepada yang berhak,dapat menjaga ekonomi keluarganya,dapat memberi nafkah yang sepatutnya dan dapat menjaga dirinya dan keluarganya dari sifat meminta-minta dan menjaga akhlak dan maruah keluarganya.
  • cinta kepada anak-anak  - cintanya kerana menjaga tanggungjawabnya mendidik,menjaga agar ada kelangsungan ilmu-ilmu Allah dan rasul-nya serta kerana menjaga kualiti anak-anaknya sebagai seorang muslim bertaqwa. 
"PUNCA MASIH TIDAK TERBENDUNG"


Sebenarnya punca kepada penyakit ini sangat jelas dan mudah dikenali seperti penyakit selsema,hanya dilihat dari simptom sentiasa berhingus dan merah hidung.hanya mengambil vitamin C dari buah-buahan yang mengandunginya,sudah mampu sembuh dengan izin Allah.
Begitu juga penyakit ini,jika kita mampu mengenal diri dan mendisiplinkan antibodi diri,maka mudahlah kita menjauhinya.Jika kita perincikan pula,punca ianya masih tidak dapat dibendung antaranya:

  • Terbayangkan dunia dalam solat.
firman Allah dalam surah At-Taubah:54:
"Dan tidak ada yang menghalangi mereka untuk diterima dari mereka nafkah-nafkahnya melainkan karena mereka kafir kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan."
  • Suka bertangguh dan melakukan kerja akhir waktu.
Sabda nabi saw:"Barangsiapa yang dapat takbiratul-ihram bersama imam selama 40hari,maka akan hilanglah sifat Munafiq dalam dirinya"
  • Tidak mengurus masa
  • Tidak merasa cukup dengan apa yang dimiliki.
  • Salah memilih kawan.
  • Solat fardhu berseorangan.
  • Mengabaikan sumber yang halal atau haram
  • Suka melakukan perkara sia-sia
  • Tidak mengimarahkan masjid/rumah Allah
  • Jahil sunnah

"TAKUT MATI/MENGHADAPI MAUT"

Kelalaian manusia masakini mengejar kepesatan dunia,menjadikan mereka lupa mempersiapkan diri dengan hari kematian mereka kelak.Oleh kerana itu,mereka akan gementar apabila diajukan tentang persoalan kematian ini.Mereka takut terketinggalan daripada bahagian-bahagian hal keduniaan yang sebenarnya adalah sementara.

Mari kita selidiki,mengapa umat terdahulu tidak gentar dengan kematian berbanding umat terkemudian.Boleh kita simpulkan di sini,antara puncanya adalah:
  • KETAQWAAN YANG TINGGI
       -  Setiap perbuatan umat terdahulu sentiasa berada dalam kawalan mereka.Kawalan ini terdorong dari keilmuan mereka yang mendalam tentang agama.Seterusnya ilmu itu diamalkan dalam kehidupan mereka sehari-hari.Ini kerana mereka tahu,Agama adalah sesuatu yang perlu diterapkan dalam perlakuan dan pertuturan mereka sehari-hari.Mereka juga sentiasa percaya kewujudan Allah dan meletakkan 'mindset' mereka kepada percaya Allah itu maha melihat dan mendengar. 

  • MEMPERSIAPKAN DIRI
       -  Walau sibuk dengan urusan dunia,umat terdahulu tidak pernah lekang daripada mengamalkan amalan tariqat dalam ibadah seharian.Ini kerana mereka percaya dan selalu bertawakkal kepada Allah dalam menentukan keputusan dan masa depan mereka.Tidak mustahil orang yang kufur atau munafiq boleh berjaya dalam hidup.Akan tetapi,jika ditanya adakah mereka bersedia untuk mati,sudah tentu mentaliti mereka adalah jauh berbeza dengan orang mukmin sejati..

  • MATLAMAT AKHIRAT
       -  Jika ditanya apakah matlamat anda,mampukah kita menjawab yang syurga itu adalah matlamat kita?banyak mana ingatan kita kepada Allah dan kehidupan selepas mati?Umat terdahulu melaksanakan sesuatu perkara keduniaan dengan bersungguh-sungguh tanpa mendahulukan dunia melebihi akhirat.Pantas sahaja kita persoalkan,berapa ramai umat islam masakini yang masih percaya hanya sekolah akademik mampu menjamin masa depan cemerlang?

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang mafhumnya:
"bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi,dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari."

Percayalah,hanya diri kita mampu mengubahnya.Orang lain hanyalah sebagai pendorong,yang mampu mengubah hanyalah diri sendiri.Yang jelas itu jelas,yang samar itu memang mengelirukan.Berpeganglah pada yang asas,nescaya kita akan terpandu dengan Rahmat Allah swt.Insya-Allah


No comments:

Post a Comment