Friday, March 25, 2011

Berwangi-wangian:mengundang PAHALA atau DOSA?


FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (al-Ahzab: 21)

Sabda nabi S.A.W pula yang bermaksud:"4 perkara yang merupakan sunnah para rasul iaitu MALU,BERWANGI-WANGIAN,BERSUGI DAN BERKAHWIN(Nikah)"

Berdasarkan hadis di atas,kita selidiki tentang perkara berwangi-wangian,adakah ia mengundang pahala atau dosa?
ternyata,hadis di atas menjelaskan bahawa berwangi-wangian adalah sunnah dan pelakunya sudah pasti mengundangi pahala,i.allah.Tiada salahnya jika kita menggunakan apa sahaja jenama minyak wangi,asalkan ianya tidak mengandungi bahan-bahan haram dan menjejaskan ibadah kita.

ADAKAH MINYAK WANGI BERALKOHOL BOLEH DIGUNAKAN?

Pertanyaan ini seringkali berkumandang di telinga kita.Apakah jawapan kita?jawapannya mudah,BOLEH.Mengapa?bukankah alkohol itu bahan yang terkandung dalam arak?
Jika kita selidiki,di dalam Al-Quran dan hadis-hadis nabi SAW tidak menyebutkan dengan jelas tentang pengharaman alkohol ini.Ini bermakna,status alkohol ini adalah menjadi khilaf ulama dan tiada tsabit(pembuktian) tentang pengharamannya.
Sebenarnya alkohol ini adalah bahan yang boleh memudaratkan tubuh badan hanya jika ianya diminum atau terkandung dalam tubuh kita.Ianya juga bukanlah najis,malah yang najis adalah arak itu sendiri kerana ia bercampur dengan bahan-bahan lain yang memudaratkan.
Mengikut kaedah hukum feqh,sebahagian perkara sahaja tidak dapat menyabitkan keseluruhan hukum sesuatu perkara itu(sila rujuk ahli feqh).Oleh kerana alkohol ini bukan najis,maka wangian yang mengandungi alkohol tidaklah haram digunakan dalam melakukan ibadah seharian.

Akan tetapi,jika anda masih ragu tentang ini,gunakanlah wangian yang tidak beralkohol seperti kasturi(misk),attar dsb.

“Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)

“Diberi kecintaan kepadaku daripada (urusan) dunia kamu, ialah : wanita, harum-haruman/ wangi-wangian dan dijadikan kesejukan dimataku di dalam sholat.” (Shahih riwayat ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari jalan Anas bin Malik)

“Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi. ” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abi Sa’id al Khudriy) 

Maka jelaslah bahawa berwangi-wangian itu adalah sunnah para rasul dan ianya dituntut.Jika kita lihat dari aspek yang lain,amalan ini menunjukkan kita seorang yang menjaga penampilan dan kebersihan.Tidaklah nanti dicop sebagai seorang yang berbau busuk dan pengotor kerana badan berbau atau seperti orang yang tak mandi seminggu pula.

MENGAPA PULA BERWANGIAN MENGUNDANG DOSA?

Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina. 

(Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).

Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut). 

(Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Berdasarkan hadis-hadis di atas ini,jelas kita ketahui bahawa jika seorang perempuan memakai minyak wangi,dosalah yang akan ia perolehi.Persoalannya,ADAKAH PEREMPUAN HARAM MEMAKAI WANGIAN?

Di sini ingin diperjelaskan,perempuan tidaklah diharamkan memakai wangian jika ianya hanya untuk dipersembahkan kepada suaminya.Pelbagai persoalan timbul dari hal ini.Antara soalan-soalan yang ditanya:
  • bolehkah memakai deodorant yang tujuannya tidak lain untuk mewangikan badan dan menghalang dari bau badan?
  • Salahkah jika memakai wangian yang tidak berlebihan(hanya dapat dihidu oleh orang berdekatan),yang sama jantina(perempuan dengan perempuan)?
  • Salahkah memakai wangian yang tidak berlebihan bertujuan untuk berdakwah kepada bukan islam agar tidak dianggap orang islam tidak menjaga kebersihan?
  • Salahkah jika memakai wangian yang tidak berlebihan(hanya dapat dihidu oleh orang berdekatan),yang sama jantina(perempuan dengan perempuan)dengan izin suami?
  • Salahkah memakai wangian di hadapan ahli keluarga yang muhrim?
Ini adalah perkara yang perlu dijelaskan dan jika anda seorang yang mementingkan hukum islam,pasti anda perlu mencari jawapannya.Dan jika anda masih ragu-ragu,peganglah hadis-hadis di atas dan tinggalkan was-was..wallahu a'lam

dari Abu Hurairah r.a berkata,nabi SAW bersabda kepada seorang lelaki:
"Tinggalkanlah apa saja yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu."

Lelaki itu pun bertanya:"Bagaimana saya hendak mengetahui perkara tersebut?".

Jawab Baginda:"Apabila kamu mahukan sesuatu,letakkan tangan kamu di atas dada kamu. Sesungguhnya hati akan gelisah(tidak tenang) kepada yang haram dan tenang kepada yang halal. Sesungguhnya seseorang muslim yang warak meninggalkan perkara yang kecil kerana bimbangkan perkara yang besar."^_^

No comments:

Post a Comment