Seorang Ulama silam pernah memberitahu,3 perkara jika dilakukan maka tidak akan merasa RUGI selama-lamanya.Pernyataan ini pernah berkumandang diradio IKIM suatu masa dulu.Mungkin ianya adalah hadis dari nabi saw sendiri atau juga adalah kata-kata Hikmah daripada sahabat-sahabat nabi(khulafa Ar-Rasyidin).Walau apapun,ketiga-tiganya memang perkara yang terkandung dalam tuntutan Islam dan tidak bercanggah sama sekali.
TAQWA KETIKA SEMBUNYI@TERANG-TERANGAN
Memang sudah sifatnya manusia itu adalah pelupa.Akan tetapi sifat manusia juga adalah suci.Allah meninggikan darjat manusia itu lebih tinggi daripada sekelian makhluknya.Akan tetapi,mengapa masih ada lagi manusia yang memperhambakan diri kepada selain Allah?lupakah mereka manusia adalah sebaik-baik makhluk?
Ada pula manusia yang melakukan ibadah kerana mengharapkan dunia.Mereka di hadapan manusia lain kuat beibadah,beramal soleh dan berakhlak mulia.Akan tetapi di dalam ruang yang tersembunyi,mereka lalai dan bermaksiat hinggakan kadangkala sampai ke tahap melakukan kemungkaran.Hakikatnya,ibadah adalah bekal kita ke akhirat.Malah lebih baik lagi jika ibadah itu dilakukan tanpa mengharapkan hal dunia mahupun akhirat.Semuanya kerana cintakan Allah swt semata-mata.
Oleh kerana itu,orang yang bertaqwa(takut) kepada Allah,melakukan ibadahnya tidak kira sembunyi atau terang-terangan hanya mengharapkan keredhaan-Nya,bersabar dan istiqamah(berterusan)dalam melakukannya.Merekalah golongan yang beruntung.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْاللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia(di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung."(Ali 'Imran:200)
ADIL KETIKA TENANG @ MARAH
يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامينَ لِلَّهِ شُهَداءَ بِالْقِسْطِ وَ لا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلى أَلاَّ تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوى وَ اتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبيرٌ بِما تَعْمَلُونَ
"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(Al-Maidah:8)
"Azman dan Umar dua rakan karib.Di mana ada Azman,di situ ada Umar.Hinggakan semasa makan,jika Azman membawa sebiji karipappun masih lagi dipotong dua dengan si Umar. Suatu masa,Azman mendengar khabar si Umar telah mengkhianatinya.Sejak itu Azman berpura-pura berkawan dengan si Umar.Sedangkan Umar sebenarnya difitnah.Kali ini Azman sudah tidak ikhlas berkawan.Malah ketika makan,jika Azman membawa bekal 2bungkus nasipun,tidak sesekali dikongsi bersama Umar.Umar tertanya-tanya:"Apa salahku?"
Pengajaran dari kisah ini,menunjukkan kesimpulannya:
- jika manusia sukakan sesuatu,ia pasti akan menjaganya.Jika pula ia merasa benci,pasti akan diabaikannya.
- Kebanyakan manusia lebih senang(suka)mendengar keburukan daripada kelebihan manusia lain.
- Kebanyakan manusia senang(suka)menghukum manusia lain tanpa usul periksa.
- Kebanyakan manusia suka membuat tanggapan sendiri berbanding duduk bermusyawarah.
Sebenarnya walau dalam keadaan apa sekalipun,kita perlu bersikap ADIL.Dengan adanya sikap ADIL ini,akan terhindarlah konsep kronisme,mengikut nafsu dan dendam.Hindarilah sikap berat sebelah & pilih kasih kerana itu menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa,kerana ia pasti akan merugikan.Allah swt berfirman:
خُلِقَ الْإِنْسانُ مِنْ عَجَلٍ سَأُريكُمْ آياتي فَلا تَسْتَعْجِلُونِ
"Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera."
BERJIMAT KETIKA SENANG ATAU SUSAH.
Perkara terakhir di antara 3perkara yang menguntungkan ini ialah bersikap sentiasa berjimat.Banyak perkara yang timbul dalam bab ini.Akan tetapi di sini kita ambil sahaja beberapa perkara yang utama.Di sini hanya dinyatakan tentang keutamaan bersikap selalu berjimat,bukan hal-hal furu' yang berkaitan dengannya.
Jika kita punya wang yang sedikit,sudah pasti kita akan berhati-hati dalam membuat perbelanjaan.Bagaimana jika kita punya wang yang banyak?Pasti macam-macam yang terlintas di kepala untuk dimiliki.Tidak kira anda punya wang sedikit atau banyak,BERSEDERHANALAH..
وَ الَّذينَ إِذا أَنْفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَ لَمْ يَقْتُرُوا وَ كانَ بَيْنَ ذلِكَ قَواماً
"Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian."
(Al-Furqan:67)
Pasti kita biasanya tersedar untuk berjimat-cermat ketika kesusahan bukan ketika senang.Kerana itulah nabi saw sendiri lebih risaukan umatnya yang berada/kaya berbanding umatnya yang miskin/fakir.Baginda bersabda mafhumnya:
“Maka bergembiralah dan berharaplah terhadap apa yang mudah bagimu. Demi Allah, bukanlah kefakiran yang aku khuatirkan atas kamu, tapi aku mengkhuatirkan atas kamu kalau dibentangkan dunia untuk kamu sebagaimana yang pernah dibentangkan bagi orang sebelum kamu, lantas kamu berlumba-lumba merebutnya, lalu membinasakan kamu sebagaimana dulu membinasakan mereka.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kemudiannya,setelah kewafatan Nabi saw yang amat dikasihi,Khalifah selepas itu(Saidina Abu Bakr As-siddiq r.a) pula menyambung wasiat dan ingatan berjimat cermat ini. Salman Al-Farisi pernah datang kepada Abu Bakar As Siddiq r.a. ketika beliau sakit dan menghadapi kematiannya.
Lalu Salman berkata: “Berpesanlah kepadaku, wahai khalifah Rasulullah”.
Abu Bakar menjawab: “Sesungguhnya Allah membukakan dunia untukmu kerana itu janganlah sekali-kali salah seorang dari antara kamu mengambilnya kecuali sekadar bekal keperluannya saja.”
Jadi,fikir-fikirkanlah perkara-perkara ini.Amal dan sebar-sebarkanlah.Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment