JATI DIRI adalah satu cabang utama INTEGRITI iaitu ciri-ciri yang mendorong kepada perlakuan baik dan positif. Maka jati diri adalah Aset paling berharga yang menjadi panduan diri dalam melaksanakan ibadah dan nilai murni dalam kehidupan bergelar insan. Jika Jati diri yang dipandu penuh nilai murni,maka akan lahirlah produk berkualiti yang sentiasa positif dan berwawasan. Begitulah jika sebaliknya akan melahirkan pelbagai masalah yang bukan sahaja melibatkan diri malah mempengaruhinya pada seluruh komuniti.
Remaja pula adalah aset utama dalam pembinaan ketamadunan sesuatu bangsa. Tamadun yang hendak dibina pula biarlah yang diredhai Allah s.w.t. Maka Pembinaan generasi ini adalah amat penting bagi menjamin lahirnya generasi yang mampu melonjakkan bangsa ke tahap cemerlang.
Sekitar beberapa bulan yang lalu,kami bersepakat untuk membuat kerja-kerja amal.Jadi kami memilih untuk menziarah rumah-rumah anak yatim dan asnaf sekitar kuala langat ini.Ini adalah projek kedua selepas rumah anak yatim YPIN di Sg.Manggis.Program INTEGRITI MUMTAZ ini merupakan program keagamaan+motivasi. Program ini adalah satu program amal bersiri yang bertujuan memberi pendedahan,tunjuk cara dan penerapan nilai pembangunan jati diri dan moral dalam komuniti pertama (anak yatim dan Asnaf).
kami telah ber'kampung' selama 2H 1M di rumah anak yatim dan asnaf as-solihin,kg.kanchong Darat ini.Kami amat berbesar hati apabila anak-anak yatim ini kelihatan girang dan gembira dengan program yang kami laksanakan ini.Mudah-mudahan program-program seperti ini akan dapat berterusan. Terima Kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.Budi baik kalian mudah-mudahan mendapat keberkatan dari Allah swt hendaknya.
Program INTEGRITI MUMTAZ
RAAY AS-SOLIHIN,KG.KANCHONG DARAT
anjuran bersama Alfishahr world+ferqah Teams+RAAY As-solihin+RAAYDA Al-barakh telok datok
25-26 september 2010
No comments:
Post a Comment