Tuesday, December 14, 2010

PROGRAM A.B.C(Aqil Baligh Conclusion)




Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah akhirnya blog ini dapat juga kami siapkan.Salam Maal hijrah buat semua muslimin dan muslimat.Mudah-mudahan tahun baru 1432H ini menjadi tahun yang lebih baik dari sebelum ini.

Bermula tahun baru ini,kami telah mula menganjurkan program-program ilmiah,keagamaan,kesihatan,motivasi dan kem-kem.Memandangkan syarikat kami baru sahaja ditubuhkan,kami berharap agar mendapat banyak info-info terkini dan juga komen-komen membina demi memantopkan lagi visi dan misi kami di masa-masa akan datang.Kepada peserta-peserta yang telah menyertai program kami diucapkan ribuan terima kasih dan terus menyokong program yang bakal kami anjurkan selepas ini. Segala kelemahan dan kekurangan dari pihak kami kami pohon ampun dan maaf dan berilah komen-komen membina agar program akan datang lebih mendapat tempat di hati kalian.

Projek pertama kami awal tahun 1432H ini adalah program A.B.C(Aqil Baligh conclusion) yang telah berlangsung selama 3H 2M di Masjid Al-Firdaus,kg.sungai Rambai,jenjarom banting,kuala Langat Selangor.

Program 3H 2M ini antaranya mendedahkan tentang kaitan ibadah solat dan sains,pengurusan Aqil baligh(secara menyeluruh),penerokaan self esteem(nilai diri),motivasi diri,pengurusan stress dan pengurusan masa serta working plan.

Sebenarnya program ini adalah cetusan idea daripada YB Dr.Ahmad yunus b.Hairi,ADUN sijangkang dan kami telah realisasikan dalam projek pertama syarikat kami ini. Kami pasti masih banyak kekurangan dan kelemahan dalam program ini yang pasti akan kami perbetul dan membuat penaambah baikan di masa-masa akan datang.wasalam..

No comments:

Post a Comment