Friday, December 17, 2010

SMART SOLAT siri II

 pendaftaran peserta at 9.00 pagi

Pada jun 2010 yg lalu,Masjid Jamiyyatul Islamiah kg.Medan telah mengadakan kem SMART SOLAT siri kedua yang telah diseliakan oleh staff Al-fishahr World bersama FERQAH TEAMS dan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat.Kem ini difahamkan adalah siri kedua lanjutan daripada siri satu yg lepas.
kem kali ini menekankan peranan solat dalam kehidupan,tunjuk cara melaksanakan solat dengan betul,tahsin al-quran,penerapan nilai diri seorang muslim,ceramah-ceramah keagamaan,hafazan-hafazan surah-surah penting dan diselangi dengan psikologi games.
 Sesi ceramah tentang kehidupan seorang muslim telah disampaikan oleh Al-fadhil us.sharuddin.Ceramah yang berkisarkan tentang tanggungjawab seorang muslim tentang wuduk,solat dan sebagainya bertujuan mendidik peserta menyedari tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan mencungkil rahsia-rahsia solat berjemaah untuk dipraktikkan oleh peserta dalam kehidupan sebenar nanti.

Di antara methodologi kem adalah sesi ceramah dan soal jawab,psikologi games,tayangan slideshow,LDK(latihan dalam kumpulan),PDK(permainan dalam kumpulan),simulasi,pembentangan kertas kerja dan persembahan peserta serta fasilitator yang berpengalaman.


 Pada sebelah malam diisikan dengan slot kuliah maghrib bertujuan menambah ilmu tentang motivasi diri.Juga diselitkan dengan tayangan slide video tentang kesalahan-kesalahan dalam mengerjakan solat. Video bertajuk QUNUT ini rupanya menarik minat para peserta kerana jenaka dan humor yg terkandung di dalamnya sedikit sebanyak membantu para peserta mengesan kesalahan-kesalahan dalam solat.



Seterusnya pada seblah pagi pula,seawal mungkin peserta bangun untuk menunaikan qiyamulail dan kuliah subuh yang telah di imami oleh Al-fadhil ustaz Salami b. Masri.

Di akhir majlis,kem ini telah disempurnakan perasmian penutup oleh Yang berbahgia YB Dr.ahmad Yunus b.Hairi selaku ADUN sijangkang dan disertai AJK masjid dan segelintir ibubapa.
Kesimpulannya kem ini telah berjalan dengan lancar sekali.Terima kasih atas semua yang terlibat sama-sama menjayakannya.Diharapkan program-program seperti ini dapat diteruskan demi memberi kefahaman dan ilmu yang berguna kepada para peserta khasnya dan komuniti muslimin sekeliling amnya.Insya-Allah.Wasalam

No comments:

Post a Comment