Friday, February 4, 2011

Syoknye di Sg.Tekala~~Part 1

    
Sudah lame tak pergi melancong ke mana-mana.Rindu rasanya mahu melihat kehijauan bukit bukau,pepohon mahupun merasai kesegaran Air terjun alam semulajadi.Teringat suatu masa ketika mengikuti trip jabatan agama islam kuala langat ke bukit BERKELAH,Pahang darul makmur tapi terlupa tahun bila.Rasanya sudah hampir 10 tahun.Itulah kali akhir masuk hutan,jungletracking,abseiling,flyingfox dll.

Berbetulan tarikh 4/2/2011,penulis dan family merancang untuk masuk hutan sambil survey tempat yang mungkin sesuai untuk mengadakan program-program akan datang.Jadi,kami memilih untuk ke Sg.Tekala,daerah semenyih.Perjalanan dari Banting-Sg.Tekala mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit lamanya melalui pekan Dengkel dan Bangi.

barang makanan bagaikan untuk bekalan seminggu

Rupanya datang hari-hari cuti nih ada dikenakan bayaran RM1 dewasa,RM0.50 bagi kanak-kanak.Masuk sahaja kawasan hutan lipur nih,akan kelihatan pergola-pergola dan pondok-pondok untuk berehat disediakan.Selepas ini,kite tengok jew gambar-gambar untuk santapan semua pembaca yag nak tau apa yang ade kat sg.Tekala nih k.                                                                                                                                          





Fasa pertama bahagian paling bawah dan paling hampir dengan pintu,banyak terdapat pergola dan pondok memudahkan untuk pengunjung beristirehat dan membina perkhemahan.Kedudukan sungai adalah di tengah-tengah dan hutan di kanan dan kiri.Di sini terdapat byk tandas dan bilik mandi untuk menukar pakaian.




    

No comments:

Post a Comment