"kerana pulut santan biasa,kerana MULUT badan binasa".Inilah pepatah melayu yang sinonim sekali dengan perihal penjagaan mulut dan kesannya.Apa yang terkandung pada mulut?ya,seperti yang kita ketahui di dalamnya mempunyai lidah,gigi dan bibir.Jika ditanya,yang mana lebih besar kesannya?lidah,gigi atau bibir?apa agaknya jawapan kita?Apa pula jawapan kepada pertanyaan imam Al-Ghazali rahimullah :APAKAH BENDA YANG PALING TAJAM DI DUNIA?gigi,bibir atau lidah?
Ya,sudah tentu jawapannya adalah AL-LISAN(lidah).Mengapa?kerana dengan lisan inilah hati-hati manusia dan pandangan-pandangan manusia dapat dikuasai.Dengan lisan juga dapat melukakan orang lain tanpa menggunakan benda tajam malah dapat juga membunuh jiwa tanpa peperangan.Kerana itu jualah,Allah dan rasul mengingatkan dengan keras tentang pentingnya menjaga lidah ini.
Sebagai contoh hadith Rasulullah s.a.w:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun lebih baik diam"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
MENUTUP AIB
Menutup keaiban orang lain adalah satu kewajipan.Ianya juga tergolong sebagai satu cara dalam perihal MENJAGA MULUT.Walaupun banyak cara kita untuk menutup aib,menutup aib dengan menjaga mulut adalah lebih utama.Oleh kerana ianya kewajipan,maka HARAM bagi kita melakukan perihal sebaliknya.
Sebagaimana disebutkan dlm hadits Abu Barzah Al-Aslami r.a dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلِ اْلإِيْمَانُ قَلْبَهُ، لاَ تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِيْنَ، وَلاَ تَتَّبِعُوْا
عَوْرَاتِهِمْ، فَإِنَّهُ مَنِ اتَّبَعَ عَوْرَاتِهِمْ يَتَّبِعِ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ عَوْرَاتِهُ، وَمَنْ يَتَّبِعِ اللهُ عَوْرَتَهُ
يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ
“Wahai sekalian orang yg beriman dgn lisan dan iman itu belum masuk ke dlm hatinya. Janganlah kalian mengghibah(mengumpat) kaum muslimin dan jangan mencari-cari/mengintai aurat mereka. Karena orang yg suka mencari-cari aurat kaum muslimin Allah akan mencari-cari auratnya. Dan siapa yg dicari-cari aurat oleh Allah niscaya Allah akan membongkarnya (walau)di dalam rumahnya .”
BERKATA-KATA YANG BAIK.
Daripada kita dok mengumpat(ghibah),menceritakan keaiban orang dan berkata dengan kata-kata yang laghoh(sia-sia),ada baiknya kita berzikir,berkata dengan kata-kata yang menggembirakan orang atau juga menyampaikan ilmu.Renungkan firman Allah s.w.t berikut:
" ..janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya…" (Al-Hujuraat: 12)
Lebih baik lagi jika kita menjadi ejen pembaik-pulih yang menafikan umpatan,menutup semula aib orang lain dan memberi teguran serta ingatan bagi yang lalai.Ingat sahaja firman Allah s.w.t yg berbunyi:
إِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ أَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِيْنَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ
“Sesungguh orang-orang yang menyenangi tersebar perbuatan keji di kalangan orang beriman,mereka memperoleh azab yg pedih di dunia dan di akhirat.”
MENDAMAIKAN DUA PIHAK.
Allah berfirman dalam Al-quran yang bermaksud:
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali (bisikan-bisikan) dari orang yg menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian diantara manusia.Sesiapa yang berbuat demikian dgn mksud mencari reda Allah,tentulah kami akan memberi mereka pahala yg besar." [An-Nisaa:114]
Punca dan penyelesaiannya amat mudah,tapi amat sukar dilaksanakan.Mengapa?sebagai contoh,2org sahabat baik dan karib selalu makan bersama,main bersama,bercerita masalah,tiba-tiba bertengkar kerana salah faham atau pengkhianatan.Sebagai orang tengah,kita cuba mendamaikan mereka.Puncanya amat mudah dikesan,menyelesaikannya pula adalah bergantung kepada kesediaan masing-masing memaafi.Inilah kuasa mulut,jika kita bijak bermain kata-kata,sudah pasti ukhwah mereka kembali tertaut,malah lebih rapat lagi.fuuuuuhhhh!!besar pahalanya tau..
MENDOAKAN KEBAIKAN SESAMA MUSLIM.
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka…"
(Al-Hujuraat: 11)
Melihat kepada Firman allah di atas,maksud tersiratnya adalah lebih utama iaitu mendoakan sesama islam tanpa berpuak-puak(kaum lelaki atau perempuan).Doa adalah satu cara makhluk mendekatkan diri dengan kholiqnya(pencipta).Berdoa pula adalah mencerminkan peribadi seorang Hamba dengan Tuhannya.Tujuan berdoa bukan untuk meminta sesuatu dari allah,apatahlagi memaksa Allah mengabulkannya segera.Tujuan sebenar berdoa adalah mengakui diri sebagai seorang Hamba yang meminta belas kasihan dan kasih sayang allah kiranya dapat mendengar permintaan Hamba-Nya.Tak hairanlah jika Rasulullah s.a.w pernah menyebutkan hadith yg berbunyi:
"Doa itu adalah SENJATA bagi orang Mukmin.."
Yang dikatakan sebagai orang mukmin itu ialah orang yg beriman,yg melaksanakan AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR.Juga yg mengamalkan cara hidup islam yg dipelajarinya walaupun sedikit demi sedikit.Bukan pula org yg pada namanya sahaja islam,akan tetapi amalan cara hidupnya sangat jauh menyimpang dari ajaran yg sebenar.Jadi,setelah kita berdoa,jika masih juga tidak termakbul doa tersebut,kita kajilah adakah dalam doa itu kita minta kasih sayang allah atau tidak dan adakah cara hidup kita menyimpang atau sebaliknya ye.
BERKATA DAN MELAKSANA.
Imam Muslim pernah meriwayatkan sebuah hadist tentang Pentingnya kejujuran dan dusta yang menyatakan bahwa Rasulullah saw pernah bersabda
عَنْ اَبِى بَكْرٍ الصّدّيْقِ رض قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: عَلَيْكُمْ بِالصّدْقِ، فَاِنَّهُ مَعَ اْلبِرّ وَ هُمَا فِى اْلجَنَّةِ. وَ اِيَّاكُمْ وَ اْلكَذِبَ، فَاِنَّهُ مَعَ اْلفُجُوْرِ وَ هُمَا فِى النَّارِ. ابن حبان فى صحيحه، فى الترغيب و الترهيب
Dari Abu Bakar Ash-Shiddiq RA ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Wajib atasmu berlaku jujur, karena jujur itu bersama kebaikan, dan keduanya di surga. Dan jauhkanlah dirimu dari dusta, karena dusta itu bersama kedurhakaan, dan keduanya di neraka”.[HR. Ibnu Hibban di dalam Shahihnya, dalam Targhib wat Tarhib juz 3, hal. 591]
Secara kebiasaannya,Apabila individu berkata kemudian tidak melaksanakannya itu dinamakan sebagai PENDUSTA.Bagaimana pula individu yg memberi nasihat kepada org lain sedangkan ia sendiri tidak melaksanakan?Di sini bergantung kepada 3 keadaan:
1)jika ia memang tidak mahu melaksanakan,itu adalah MUNAFIQ YANG NYATA.
2)jika ia sedang dan tetap berusaha melaksanakan,ia dinamakan MUJAHID atau mungkin juga FASIQ.
3)jika ia lalai untuk melaksanakan,ia dinamakan FASIQ YANG NYATA
Dalam perihal psikologi,kehidupan lebih teratur dan mudah bagi orang yang merancang dan melaksana mengikut rancangannya.Kehidupan jadi tidak sepatutnya jika hanya merancang beriya-iya tetapi tidak melaksanakannya.Masih banyak dalil-dalil Al-quran yang menyebutkan tentang larangan atau juga akibat bagi orang yang berkata tidak melaksana.
Bagi pendapat penulis,melarang,menerangkan akibat,menyelesaikan masalah dan memperbaiki adalah lebih utama dalam komuniti masyarakat masa kini.Bukan hanya melarang semata-mata tanpa memberi bimbingan yang sepatutnya.wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment