Tuesday, June 5, 2018

Muhasabah: Matlamat Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Yg maha pengasih lagi maha mengasihani. Selawat dan salam atas rasul junjungan Muhammad SAW. Pesuruh Allah. Allah yg telah menjadikan siang dan malam dan telah menghidupkan kita hingga ke saat ini serta tidak memusnahkan kita atas dosa-dosa yang saban hari kita hadam. Tuhan yg memberi peluang serta memakbulkan doa-doa kita utk sampai ke bulan penuh maghfirah ramadhan kareem.

Tak perlu kita membicarakan hal klise yg telah diketahui dan dihadam oleh semua orang yg bergelar muslim tentang apa matlamatnya kita di sepanjang bulan ramadhan ini. Iaitu tentang puasa, membaca al-quran atau berteraweh.

Posting kali ini, kita berbicara tentang hal yg lebih penting utk kita sadari dan kita hayati dgn sebenar-benar penghayatan kerana jika hal ini diabaikan, maka sia-sialah amalan kita sepanjang bulan yg barakah ini. Mari kita renungkan...



MELURUSKAN AQIDAH

Jenuh kita berdoa utk tiba masuk ke bulan ramadhan tetapi setelah diterima masuk, tiada apa yang kita dapat. Bila berbicara tentang seronoknya ramadhan, apa yg kita istilahkan dgn 'seronok' itu? Dari satu sudut, seronok itu diertikan dgn seronok dapat makanan yg berbagai-bagai yg kita beli di bazaar. Seronoknya penjual kerana mendapat untung daripada jualannya di bazaar. Seronok dapat bermain mercun kerana hari raya hampir tiba.

Sedangkan sudut sbnr keseronokan ramadhan itu adalah dgn bertambahnya taqwa. Mengambil pengajaran dari aktiviti berpuasa dan berzakat. Menahan diri dari kemaksiatan dan kemungkaran. Atau betapa seronoknya dapat menggandakan pahala atas amalan baik yg dilakukan sepanjang ramadhan.

Mari muhasabah diri. Keseronokan sudut mana yg sedang kita rasakan di sepanjang bulan ini berlangsung. Saudaraku, keseronokan sudut kedua ini tidak akan mampu dirasai melainkan dengan kita meluruskan aqidah. Bila kita memndang kesronokan itu dgn aqidah yg lurus, maka matlamat sebenar ramadhan ini akhirnya dapatlah kita rasakan. Ini sebagaimana yg disebutkan dalam maksud firman Allah :

يأَيُّهَا الَّذِينَءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [Al-Baqarah: 183]

MEMOHON MAGHFIRAH

Berapa ramai org yg berpuasa hanya memperoleh lapar dan dahaga? Berapa ramai pula yg beramal dgn solat teraweh atau bertadarus hanya beroleh penat dan keletihan? Ini mmg bole berlaku jika semua amalan ini dilakukan tanpa kehadiran hati dan tidak menjaga syarat diterima amalan.

Dalam kitab aqidah ahli sunnah wal jamaah disebutkan bahawa syarat diterima amalan itu 4 iaitu KHUDU'(merendahkan hati), RUGHBAH(sukarela), RUHBAH(takut) dan IKHLAS.

Jom muhasabah diri, apakah puasa kita menahan diri daripada mata yg tak memandang maksiat dan lidah yg tidak mengumpat? Atau teraweh kita sekadar memenuhkan masa atau ikhlas kerana memenuhi tuntutan Allah? Atau juga bacaan al-quran kita sekadar mahu menunjuk atau kerana kasihkan al-quran?

Saudaraku, ingatlah. Apa yg paling penting bukan sekadar amalan tadi. Akan tetapi penting bagi kita utk MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH. Basahkan lidah kita dgn istighfar walaupun hanya sedikit amalan yg dapat kita lakukan. Ini kerana amalan yg tidak mendapat keampunan, maka ia sia-sialah belaka. Mari renungkan hadits ini:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَىَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلاَهُ الْجَنَّةَ ».

Artinya: “Abu Hurairah ra meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda:

“Sungguh sangat terhina dan rendah seseorang yang disebutkan namaku, lalu dia tidak bershalawat atasku, Sungguh sangat terhina dan rendah seseorang yang datang kepadanya bulan Ramadhan kemudian bulan tersebut berlalu sebelum diampuni untuknya (dosa-dosanya), Sungguh sangat terhina dan rendah seseorang yang mendapati kedua orang tuanya lalu keduanya tidak memasukkannya ke dalam syurga”.

HR. Tirmidzi dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam kitab Shahih Al jami’.

MENGHARAPKAN PAHALA

Akhir sekali, matlamat sebenar ramdhan ini ialah mengaharapkan segala amalan kita pada bulan ini yg khusus atau umum mendapat ganjaran pahala setimpalnya. Ini kerana bulan ramadhan sahajalah bulan yg diberikan 2 in 1. Harapkan pahala maka secara automatik akan diampuni dosa-dosa.

Ini sebagaimana maksud sebuah hadits yg berbunyi:

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ، وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa sholat di malam lailatul qodr karena iman dan mengharapkan pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu.”

[HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu]

Wallahu-a'lam. 😘

No comments:

Post a Comment