Saturday, May 28, 2011

"MENGINGAT MATI ITU BIJAK.."

Nabi s.a.w pernah bersabda yang diriwayatkan Imam Al-Bukhari r.a,Mafhumnya :
"Beramallah untuk Duniamu Seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya,(dan) Beramallah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari"

Hadis ini,jika kita selidiki mempunyai maksud mendalam yang sangat luas untuk memandu arah kehidupan kita seharian dalam menempuh kehidupan.Sesungguhnya hanya orang-orang yang mahu mengambil iktibar akan mendapat petunjuk dari-Nya.


Apa yang dimaksudkan dengan "Beramallah untuk Duniamu Seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya"?Adakah ia dimaksudkan perlunya amalan dunia ini diutamakan selamanya?


Sebenarnya ia bererti bahawa kehidupan dunia ini perlu dilaksanakan dengan cermat,tidak tergopoh gapah dan membabi buta,apatahlagi berlumba-lumba dalam melaksanakannya. Ini kerana setiap amalan keduniaan perlu difikirkan baik buruknya,haknya,manfaatnya,kebenarannya,kekurangannya dan kesan jangka panjangnya.


Manakala yang dimaksudkan dengan "Beramallah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari" adalah menunjukkan perlunya kita bersegera atau berlumba-lumba pula  dalam mengejar amalan-amalan keakhiratan kerana kita tidak tahu bilakah ajal kita akan tiba kelak.


Ada sesetengah golongan manusia berpendapat,hadis tersebut bermaksud "carilah dunia tapi jangan lupakan akhirat" atau "kejarlah dunia puas-puas tapi jangan lupa akhirat".Ada pula yang terus mengatakan,"Banyakkanlah ibadah,hal dunia bukanlah penting sangat.."
Berhati-hatilah dengan pemahaman maksud hadis tersebut.


Sebenarnya,apabila keduanya digabungkan,jelas menggambarkan bahawa amalan dunia perlu(wajib) dilaksanakan dengan nisbah amalan akhirat yang lebih besar. Yang pastinya,untuk mencapai apa yang disabdakan nabi s.a.w ini,tiada cara lain adalah dengan menyeimbangkan amalan,menerapkan amalan akhirat dalam setiap amalan keduniaan.

[ KESEIMBANGAN:Kehendak atau Keperluan? ]

Cuba ambil sedikit masa,fikirkan sejenak bolehkah sebuah rumah berdiri kukuh jika didirikan    tanpa mengambil kira keseimbangan tanah,berat,permukaan dan sebagainya?Begitu juga manusia,mampukah kita hidup sihat hanya dengan makanan atau minuman semata-mata?mampukah kita hidup bahagia hanya mencari kekayaan semata-mata?


Seterusnya,Bagaimana pula akan adanya akhirat jika tiadanya dunia?bagaimana pula mahu menciptakan keserasian jika tiada tolak ansur?
Semua persoalan ini menuntut hanya satu jalan iaitu:KESEIMBANGAN.


Rumah hanya berdiri kukuh jika ia seimbang,kita pula hidup sihat jika mengamalkan kehidupan yang seimbang,makanan seimbang,sosial seimbang,keperluan dan kehendak seimbang dan hanya akan terciptanya keserasian jika kita seimbangkan sifat redha&memaafi sesama kita.


Firman Allah dalam surah Al-qashash(28):ayat 77 :
وَ ابْتَغِ فيما آتاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَ لا تَنْسَ نَصيبَكَ مِنَ الدُّنْيا وَ أَحْسِنْ كَما أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَ لا تَبْغِ الْفَسادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الْمُفْسِدينَ


"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan."


Menjawab pertanyaan di atas,kita sendiri mampu merasai & memberi jawapan sendiri adakah keseimbangan ini satu kehendak atau keperluan.Yang pasti,KESEIMBANGAN ini bukan sahaja kehendak untuk kita merealisasikan sesuatu impian duniawi atau ukhrawi bahkan ianya sebenarnya keperluan bagi melengkapkan salah satu daripada keduanya.


Akan tetapi,bagaimana caranya untuk menyeimbangkan amalan duniawi dan ukhrawi ini tanpa meninggalkan atau mencederakan salah satunya?Berikut dirungkaikan beberapa perkara daripada banyak lagi perkara yang boleh membawa kepada KESEIMBANGAN duniawi dan ukhrawi yang kita cari:

[ SEIMBANG: Solat ]
Ada sesetengah pihak telah mengkaji dan mengesahkan kelebihan mengerjakan solat.
Solat sebenarnya sudah cukup menggambarkan banyak pengajaran yang kita tidak pernah kaji.Pernahkah kita terfikir,Mengapa perlu adanya rukun fe'li,Qauli,Qalbi,sunat-sunat hai'at dan ab'ad dan sebagainya?

Zahirnya,rukun fe'li menggambarkan perlu adanya USAHA yang mesti dilakukan mengikut panduan,kepatuhan,fokus,rendah diri serta penyerahan diri kepada Allah yang menunjukkan penyusunan langkah,berdikari,bersungguh-sungguh,menyedari diri sebagai seorang hamba sebelum ke peringkat akhir iaitu salam.

Sebaliknya,rukun qauli pula menggambarkan perlu adanya DOA,puji-pujian,pengharapan dan penyerahan hati kepada Allah yang menunjukkan setiap perlakuan atau amalan itu perlu disertai pengharapan yang tidak putus-putus dengan adab-adab orang mengharap sehingga akhirnya solat itu.

Manakala sunat-sunat hai'at dan ab'ad jelas menunjukkan betapa perlunya hal-hal sunat ini bagi MENCANTIKKAN amalan atau lebih terperinci lagi ia menggambarkan disebalik usaha dan doa,perlu digandakan lagi dengan amalan yang memberi manfaat dunia dan akhirat.

Dapatkah kita bayangkan apa yang bakal kita perolehi setelah selesai mengerjakan solat?
Jika pula kita laksanakan semua yang terkandung dalam solat ini ,dapatkah kita bayangkan apa yang bakal kita perolehi dalam hidup?

[ SEIMBANG:Niat ]

[ SEIMBANG:Waspada ]

Setiap orang mukmin sentiasa berwaspada dalam melaksana ibadah agar tidak dengan sengaja melakukan dosa-dosa.Begitu pula dengan pihak berkuasa,sentiasa berwaspada menjaga sesuatu komuniti agar tidak terjadi hal yang tidak sepatutnya.Adakah sikap berwaspada ini menyumbang kepada KESEIMBANGAN?

Dalam kita menghayati amalan keduniaan,kita harus sentiasa mematuhi,mengkaji,mempelajari dan memahami sesuatu perkara agar kita mampu mengenali,merasai atau juga mencari solusi kepada permasalahan yang timbul darinya.

[ SEIMBANG:Bersederhana ]

[ SEIMBANG:Memaafi ]

[SEIMBANG:Ilmu ]

[SEIMBANG:Berdoa ]

1 comment: