Dunia masakini didefinasikan sebagai dunia yang penuh dengan fitnah & kezaliman.Jika kita pernah mendengar hadis rasulullah saw tentang 5 zaman yang akan datang sebelum datangnya Kiamat,pastinya kita akan menyedari sebenarnya kita sedang berada dalam zaman yang ke-4:ZAMAN KEZALIMAN BERMAHARAJALELA.
Kezaliman pula didefinisikan sebagai MELETAKKAN SESUATU BUKAN PADA TEMPATNYA,JAWATAN-JAWATAN BUKAN PADA AHLINYA dan ILMU DISAMPAIKAN OLEH ORANG-ORANG YANG TIDAK MENGAMALKANNYA.
Lebih mendukacitakan,ramai di antara kita menganggap status seseorang menggambarkan diri seseorang.Sebagai contoh,pasti kita beranggapan seorang guru agama ialah seorang yang berilmu tinggi,mengajak kebaikan dan mengamalkan apa yang dipelajari dalam bidang keagamaan hingga kita lupa,mereka juga hamba Allah yang pasti tidak lari dari kesilapan dan kesalahan.
[MENGHORMATI ALIM ULAMA]
Tuntutan menghormati(bukan memuja atau menyanjungi) Alim ulama termasuk dalam tuntutan adab dalam menuntut ilmu.Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang paling takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaKu adalah para ulama’. ” (Surah Fatir : 28)
Alim ulama ialah golongan yang bertanggungjawab dalam memelihara ilmu,mengkaji,menyampaikan dan mengamalkannya.Adakah kita sama tarafnya dengan mereka dalam hal ini?Firman allah lagi yang bermaksud:
“Adakah sama kedudukan orang yang alim (mengetahui) dengan orang yang tidak alim.” (Surah Az-Zumar : 9)
Ini adalah sebab utama,mengapa kita perlu menghormati golongan ini.Dalam hal lain,seutama-utama kita perlu sedar,mereka juga hamba allah yang tidak akan lari dari melakukan kesilapan supaya kita sentiasa beringat bahawa kita manusia hanya mampu mengajak,mendorong,menasihati dan ingat mengingati bukan menghukum dan mengubah orang lain.
Oleh itu,kita haruslah menghormati golongan ini atas salah satu sebab yang telah disebutkan tadi.Bukan menghormatinya kerana statusnya atau gelarannya semata-mata tanpa mengambilkira kedudukannya sebagai hamba Allah yang sama seperti manusia lainnya.
firman Allah lagi yang bermaksud:
وَ ما خَلَقْتُ الْجِنَّ وَ الْإِنْسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah- Ku."
[BAIKNYA SESEORANG KERANA AGAMANYA]
Seseorang individu yang baik selalunya dilihat dari amalannya yang baik.tidak sepatutnya kita melihat baiknya seseorang kerana statusnya semata-mata.Ini kerana status yang baik belum tentu menjamin seseorang mengamalkan kebaikan.Sesuatu yang tersurat belum tentu pula menjaminkan sesuatu yang tersirat.Individu yang mengamalkan kebaikan belum tentu pula mendapat pahala dan amalan yang buruk belum tentu pula mendapat dosa.
kebaikan seseorang sebenarnya berpunca dari amalan agama yang diamalkannya.Agama yang terbaik untuk diikuti pula ialah ISLAM.Mari kita pelajari,bagaimana untuk menjadi individu yang baik hasil daripada amalan agamanya.
Menurut imam abu dawud r.a,beliau telah menulis daripada Rasulullah s.a.w 500 buah hadis.Beliau juga telah menuliskan ke dalam kitabnya(As-sunan) 4,800 buah hadis.Lalu beliau berpendapat,sudah cukup untuk kebaikan agama seseorang individu itu jika ia berpegang kepada intisari 4 buah hadis berikut:
- Setiap perbuatan(mestilah) dimulai dengan NIAT.
Dari Umar r.a beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya:
"Setiap amal perbuatan itu dimulai dengan niat.."(hadis riwayat bukhari&muslim)
Allah berfirman dalam hadis Qudsi:
"Jika seseorang anak adam berniat untuk melakukan kejahatan tetapi tidak melaksanakannya,dicatat baginya satu kebajikan.jika ia melakukannya,ditulis satu kejahatan.jika pula ia bertaubat,maka terhapus baginya dan apabila ia berniat melakukan kebajikan lalu tidak dilaksanakannya,tertulis satu kebajikan.tetapi jika ia melaksanakannya,tertulis baginya 10-700 kali ganda(kebajikan)"
- Sebahagian ulama berpendapat makan,minum,tidur dan yang sewaktu dengannya tidaklah perlu dengan niat.
- Sertailah niat yang baik dengan tindakan.
- Sebahagian ulama juga berpendapat,jika amalan baik tidak diniatkan,tidaklah terhapus segala pahalanya.Cukuplah jika ia mengingati Allah atau merasa takut kepada-Nya.Ini mengambil dari sebuah hadis Qudsi,Allah berfirman :"Keluarkanlah orang yang pernah mengingati-Ku pada suatu hari dan orang yang pernah merasa Takut kepada-Ku"
- Meninggalkan perkara yang SIA-SIA.
- Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya:
"Antara tanda keelokan islam seseorang itu ialah ia meninggalkan apa yang tidak berguna untuknya"
- Hal ini juga disebut oleh Allah s.w.t dalam surah Al-mukminun ayat 3:
وَ الَّذينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
"dan orang- orang(beriman) yang menjauhkan diri dari ( perbuatan dan perkataan ) yang tiada berguna"
- Bersifat REDHA-MEREDHAI.
- Dalam kitab penjelasan kepada kitab Hadis 40,diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda mafhumnya:
"Seseorang mukmin itu tidaklah benar-benar beriman sehinggalah dia meredhai saudaranya dengan apa yang dia redha untuk dirinya sendiri"
"Tidak harus memudaratkan(orang lain) dan tidak harus saling mudarat-memudaratkan"
(semua hadis diriwayatkan oleh imam Abu Dawud r.a)
- Mengamalkan yang HALAL,meninggalkan yang HARAM.
- Sabda Rasulullah s.a.w lagi:
"Yang halal itu jelas,dan yang haram itu juga jelas"
"Apa sahaja yang aku(rasulullah s.a.w) larang melakukannya hendaklah kamu jauhinya.Dan apa yang aku suruh kamu lakukannya,hendaklah kamu lakukan dengan apa yang kamu termampu daripadanya"(riwayat imam Abu Dawud r.a)
Pada satu riwayat yang lain pula,ditambah satu lagi perkara iaitu:Menjadikan AGAMA ITU NASIHAT.
No comments:
Post a Comment