Saturday, April 23, 2011

Rileks,Respect,Respond..

"Nabi Saw tidak pernah mencela setiap makanan (yang dihidangkan kepadanya), tetapi jika ia menyukainya akan dimakannya, sebaliknya jika tidak, Nabi Saw akan meninggalkannya (tanpa memperlihatkan ketidaksukaannya)."(hadis shahih riwayat Abu Hurairah)


Hadis di atas adalah salah satu contoh,yang menjadi contoh yang tersurat bahawa nabi saw sendiri tidak mencela sesuatu perkara.Malah yang tersirat,nabi saw sendiri tahu untuk menghormati sesuatu perkara atau kita fahami sebagai 'RESPECT'.

Berbicara tentang respek(serapan bahasa melayu),sedarkah kita selama ini adakah kita sebenarnya tahu menghormati orang lain atau tidak?Sebenarnya,menghormati orang lain bukan sekadar perbuatan,malah melalui pengucapan dan amalan kita seharian.Malah sebenarnya kita harus menghormati bukan sekadar luaran,bahkan termasuk menghormati hak orang lain dan hati mereka.

MENGAPA PERLUNYA 'RESPECT'?

Sebagai manusia,Allah swt telah menetapkan kita rezeki yang berbagai-bagai.Mungkin ada orang yang direzekikan menjadi kaya,bernasib baik,berwajah tampan dan sebagainya.Malah ada juga orang yang direzekikan Allah dengan ujian,bala bencana,kesusahan dan sesuatu yang sewaktu dengannya.Semua itu telah tertulis di LUH-MAHFUZ.
Apa yang perlu kita ingat,manusia itu ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing.Mungkin,pengalaman yang kita lalui tidak akan sesekali dapat dirasai oleh orang lain.Maha suci Allah yang tidak menjadi masalah sedikitpun untuk mentadbir sesuatu di langit dan di bumi dalam satu-satu masa serentak.Ini bermakna,jika kita tidak tahu menghormati hak orang lain,itu tandanya kita tidak tahu menghormati hak Allah dan Rasul-Nya.

BELAJAR 'RESPECT'

  • BERKATA SESUATU YANG BAIK.
          # Walau seburuk manapun seseorang,rakan atau orang lain,balaslah dengan nasihat atau komen yang baik.Membalas dengan kutukan atau hinaan mungkin akan menyentuh perasaan orang lain.Belajarlah menerima kekurangan atau kesilapan orang.Ini secara tidak langsung dapat menjaga hubungan dan kepercayaan orang pada kita di masa-masa akan datang.
  • JUJUR DALAM PERGAULAN.
          # Sepertimana kita sendiri,orang lain juga tidak suka kepada orang yang bersikap hipokrit atau talam dua muka.Jangan sesekali kita mempergunakan orang lain untuk menutup kesilapan yang kita ada.Cuba belajar merasai perasaan orang lain(empati) jika kita diperlakukan sedemikan rupa.Jika kita melakukannya,sebenarnya kita berpegang kepada sifat sarang labah-labah,nampak kuat tetapi sebenarnya adalah sangat rapuh.
  • BERUSAHA MELAKUKAN YANG TERBAIK.
          #  Jika kita bersahabat dengan seseorang yang nampak lebih dari kita,seharusnya kita cuba berusaha untuk mencapai sesuatu sepertinya.Bukan kita cuba untuk menjatuhkannya.kalaupun kita akhirnya masih lagi tidak dapat sepertinya,sekurang-kurang kita sudah mencuba untuk menjadi yang terbaik.
  • MENGAMBIL PENGAJARAN&IKTIBAR.
          #  Cuba kita belajar sesuatu dari kekurangan atau kesilapan yang dilakukan oleh orang lain.Cuba mendengar masalahnya,belajar punca kekurangannya dan belajar caranya dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Jangan sesekali kita mentertawakan atau merendah-rendahkan kekurangan orang lain.Boleh jadi sebaliknya,orang lain itu sebenarnya lebih baik dari kita. 
  • TEPATI JANJI.
          #  Ini juga adalah salah satu cara yang menunjukkan kita menghormati orang lain atau tidak.Memungkiri janji mungkin boleh menyebabkan orang hilang percaya,tidak mahu berurusan atau juga boleh menyebabkan masalah dalam pergaulan kita sehari-hari.Paling memalukan,orang lain mungkin boleh menilai keperibadian kita hanya dengan melihat cara kita menunaikan janji-janji kita.
  • MENERIMA PENDAPAT.
           #  Mungkin kita merasakan apa yang kita buat adalah betul.Walaupun kita yakin betul,sebenarnya kita perlu juga untuk menerima pendapat orang lain.Itu adalah satu cara kita berwaspada.Walaupun kita kurang setuju dengan pendapat orang lain,sekurang-kurangnya kita perlu menerimanya pada peringkat awal.Ini dapat menunjukkan yang kita adalah seorang yang mahu menerima pendapat dan cuba menghormati keputusan orang lain.
  • MEMBERI MAAF DAN BIMBINGAN.
           #  Sukarkah kita memaafkan dan memberi peluang kepada kesilapan diri dan orang lain?Belajarlah memaafkan dan memberi peluang.Sekiranya kita tahu apa masalah yang menyebabkan kesilapan orang lain itu,apa salahnya kita cuba memberi pendapat dan bimbingan terbaik untuk mereka memperbaiki kesilapan.Secara tidak langsung menunjukkan kita bertoleransi dan sudah pasti orang lain akan menghormati kita kelak..SELAMAT MENCUBA!



No comments:

Post a Comment