Monday, February 7, 2011

Prasangka dan Bisikan Nafsu


Saban kali penulis ketemu dengan permasalahan berkaitan muamalat dan ukhwah.Satu kes,tentang masalah kawan-kawan yang dahulu bersatu melakukan kebaikan,akhirnya tinggal seorang diri akibat prasangka sebelah pihak.Pihak sana mungkin tidak puas hati dengan pihak sini dan bertindak mendiamkan diri,manakala pihak sini tertanya-tanya mengapa pihak sana bertindak mendiamkan diri secara tiba-tiba.Jika anda ditempat mereka,apa reaksi anda?

[ADAKAH SAMA TANGGAPAN DAN PRASANGKA?]

Jika kita melihat kepada makna perkataan,kedua-duanya adalah berbeza.TANGGAPAN didefinisikan sebagai sesuatu yang dibayangkan oleh pancaindera atau minda.PRASANGKA pula ialah sangkaan atau anggapan buruk.Walaupun sedikit berbeza,hakikat kedua-duanya adalah BERKAITAN.

Mengikut istilah psikologi,TANGGAPAN adalah PENGARUH paling besar dalam diri.Sebagai contoh,seorang pelajar yang membuat tanggapan bahawa matapelajaran bahasa Arab itu sukar pasti akan merasakan ianya 'memang sukar' walaupun guru telah memberi jalan yang paling mudah.Itu kerana diri kitalah yang menentukan siapa kita.Kita sendiri yang meletakkan mindset kepada lebih baik atau sebaliknya.

PRASANGKA pula bukan terdiri daripada 'prasangka buruk' sahaja. Dalam bab Akhlak islami dan Tariqat sendiri ada menyatakan tentang حسن الظن (prasangka baik) dan سوء الظن (prasangka buruk).Malah terdapat juga PRASANGKA yang kita sangka baik tapi sebenarnya tidak.Sebagai contoh:seseorang yang menganjurkan kepada rakannya supaya 'memulaukan' seseorang untuk memberi pengajaran.Memberi pengajaran itu baik,akan tetapi memulaukan bukan cara yang baik.Cara yang disarankan islam ialah dengan 'menjauhi' bukan memulaukan.Menjauhi lebih kepada sifat keterbukaan berbanding memulaukan yang bersifat tertutup.Cuba cari dan perhatikan maksud firman Allah dalam surah AL-KAHFI:104 ini:

 وَهُمْ يَحْسَبُوْنَ اَنَّهُمْ يُحْسِنُوْنَ صُنْعًا 
"Dan mereka mengira (menyangka) bahawa apa yang mereka lakukan adalah baik (kebaikan)". AL KAHFI, 18:104.

[PERLUKAH BERPRASANGKA?]

Jika dalam istilah orang bercinta,ia disebut sebagai CEMBURU BUTA.Tiap masa nak kena melekat dengan si dia.Asal silap sedikit,siaplah.Dalam kehidupan seharian pula,mari kita tanya perlu atau tidak berprasangka ini.Hakikatnya tiada manusia awam masakini yang sunyi daripada melakukan kesilapan dan dosa.Apatahlagi dalam dunia penuh cabaran dan fitnah ini.

Firman Allah s.w.t dalam surah AL-HUJRAAT:12:

يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ اِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ اِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَيَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا اَيُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَاْكُلَ لَحْمَ اَخِيْهِ مَيِّتًا فَكَرِهْتُمُوْهُ وَاتَّقُوْا اللهَ اِنَّ اللهَ تَوَّابٌ رَّحِيْمٌ

"Hai orang-orang yang beriman!  Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?  Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.  Dan bertakwalah kamu kepada Allah.    Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang"


عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِيَّاكُمْ وَالظَّنِّ فَاِنَّ الظَّنَّ اَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَ تَحَسَّسُوْا وَلاَ تَنَافَسُوْا وَلاَ تَحَاسَدُوْا وَلاَ تَبَاغَضُوْا وَلاَ تَدَابِرُوْا وَكُوْنُوْا عِبَادَ اللهِ اِخْوَانًا

"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong.  Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama).  Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara".  H/R al-Bukhari.


Melihat kepada dalil-dalil di atas,jelas menunjukkan tiada manfaatnya kita untuk mengamalkan prasangka ini.Apa gunanya kita berfikir yang bukan-bukan kepada seseorang yang melakukan kesilapan sedangkan individu itu sendiri sedang berbahgia tanpa ada apa masalah.Kita sendiri yang sakit hati dan akhirnya nanti kita sendiri yang bermasalah.Banyak lagi dalil yang menunjukkan betapa tiada gunanya kita berprasangka.Adalah lebih baik kita menjadi agen kebaikan dan bersikap terbuka dan memaafkan.

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ : رَاَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَطُوْفُ بِالْكَعْبَةِ يَقُوْلُ : والَّذِى نَفْسِ مُحَمَّد بِيَدِهِ لَحُرمَةُ الْمُؤْمِنِ اَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ مِنْكَ مَالهُ وَدَمهُ وَاَنْ يَظُنَّ بِهِ اِلاَّ خَيْرًا. رواه ابن ماجه.

"Dari Abdullah bin Umar berkata:  Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sedang tawaf di Kaabah lalu bersabda:  Demi jiwa Muhammad yang di tanganNya, sesungguhnya kehormatan seseorang mukmin lebih besar di sisi Allah dari engkau (Kaabah) wangnya dan darahnya  sehinggalah dia berprangsangka sesamanya yang baik”.  H/R Ibn Majah. 

عَنْ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ قَالَ :  وَلاَ تَظُنُّ بِكَلِمَةٍ خَرَجَتْ مِنْ اَخِيْكَ الْمُؤْمِنِ اِلاَّ خَيْرًا.

"Dari Umar bin Al-Khatab beliau berkata:  Janganlah kamu berprasangka (buruk) dengan kalimah yang keluar dari (mulut) saudara kamu yang mukmin kecuali yang baik".  Lihat Tafsir Ibn Kathir, jld. 4, m/s 271.


Jelas bukan?Akan tetapi mengapa kita masih berprasangka?Tepuklah dada tanya iman.Tersentuh penulis dengan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Malik yang berbunyi:

اِذَا قَلَّ الْعِلْمُ ظَهَرَ الْجَفَا وَاِذَا قَلَّتِ اْلآثَارُ كَثُرَتِ اْلاَهْوَاءُ وَلِهَذَا تَجِدُ قَوْمًا كَثِيْرِيْنَ يُحِبُّوْنَ قَوْمًا وَيَبْغَضُوْنَ قَوْمًا لاَجْلِ اَهْوَاءٍ لاَيَعْرِفُوْنَ مَعْنَاهَا وَلاَ دَلِيْلَهَابَلْ يُوَالُوْنَ عَلَى اِطْلاَقِهَا اَوْ يُعَادُوْنَ مِنْ غَيْرِ اَنْ تَكُوْنَ مَنْقُوْلَةً نَقْلاً صَحِيْحًا عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ وَسَلَفِ مِنْ غَيْرِ اَنْ يَكُوْنُوْا هُمْ يَعْقِلُوْنَ مَعْنَاهَا وَلاَ يَعْرِفُوْنَ لاَزِمَهَا وَمَقْتَضَاهَا. رواه مالك.

"Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah) menimbulkan perasaan benci dan tuduhan salah (kepada orang lain).  Dan jika pengetahuan tentang athar (hadith dan perbuatan sahabat) hanya sedikit, akan ramai yang mengikut hawa nafsu.  Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kaum (kumpulan) yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya atas dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran al-Quran atau al-Hadith) kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya.  Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa mengikut (landasan) hadith yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini, mereka tidak mengetahui makna (al-Quran dan al-Hadith) dan tidak mengetahui apa yang dikehendaki (oleh hadith) tersebut dan tidak tahu untuk mempraktikkannya"


[PETUA MENJAUHI PRASANGKA]

عَنْ حَارِثَةِ بْنِ النُّعْمَان قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثَلاَثٌ لاَزِمٌ ِلاُمَّتِى : اَلطِّيَرَةُ وَالْحَسَدُ وَسُوْءُ الظَّنِّ. فَقَالَ : وَمَا يُذْهِبُهُنَّ يَارَسُوْلَ اللهِ مِمَّنْ هُنَّ فِيْهِ ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا حَسَدَ فَاسْتَغْفِرِ اللهَ وَاِذَا ظَنَنْتَ فَلاَ تُحَقِّقْ وَاِذَا تَطَيَّرْتَ فَامْضِ

"Dari Haritha bin an-Nukman berkata:  Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Tiga perkara yang sentiasa ada pada umatku:  Kepercayaan sial.  Hasad dengki.  Prasangka.  Beliau bertanya:   Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut?   Baginda bersabda:  Apabila berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai kepercayaan sial hendaklah dihapuskan".  H/R at-Tabrani.


1) BERFIKIRAN TERBUKA
2) KEMBALI KEPADA ASAS KEBAIKAN
3) BERSIFAT MEMAAFKAN.
4) BERMUSYAWARAH
5) NASIHAT MENASIHATI.

Wallahu a'lam bissawab..


1 comment: