Thursday, February 10, 2011

Awak,Tegurlah dia..

"Awak,tegurlah dia.."bisik hanisah.
"Hisy,biar je lah.Jangan sibuk hal diorang.."balas syasya.
"Awak ni,mereka buat benda salah tu..takkan nak biarkan je.."gesa hanisah lagi.
"Hey,diorang tak pernah sibuk hal kita taw.Buat apa nak sibuk hal diorang pulak?kubur kan lain-lain..biarlah diorang tanggung sendiri.."balas syasya.
"Betul tu nisah,syasya..kitapun bukan baik sangat..baik kita jaga hal sendiri je.."sapa fatimah pula.

Dalam dunia yang penuh dengan maksiat dan fitnah masakini,manusia semakin lupa dengan tanggungjawab mereka kepada saudara islam yang lain.Bukan sahaja tanggungjawab membina ukhwah,malah tanggungjawab nasihat-menasihati dan memberi peringatan semakin kurang dilaksanakan.Prinsip "amar ma'ruf nahi munkar" semakin suam dan disalah ertikan.Dialog di atas sebagai satu contoh alasan-alasan popular yang menjadi halangan bagi melaksanakan tanggungjawab ini.


ADAKAH KITA ORANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH ITU?

Kata orang,ayat ini jelas membuktikan bahawa hanya orang yang beriman dan beramal soleh sahaja layak memberi pesan dan nasihat.Ahli maksiat mana boleh..kurang iman atau tidak banyak amalan soleh juga mana bisa.Atau lebih jelas lagi,orang yang masih tidak sempurna akhlaknya dilarang sama sekali memberi pesanan atau teguran.Dalam bahasa pasarnya,seperti dialog terakhir di atas.

Persoalannya di sini,siapa yang dapat mengukur setebal,sedalam atau sebesarmana iman seseorang?Bukankah iman manusia boleh datang dan pergi?bukankah iman mempunyai tingkatan?kalaupun kita mempunyai iman yang terendah(iman orang awam),bukankah ia dikira mempunyai iman?
Tentang amalan soleh pula,adakah ahli maksiat tidak mendapat pahala jika membuang sesuatu halangan di jalanan untuk memberi kemudahan kepada orang lain?semuanya HANYA ALLAH YANG TAHU,LAH!!

HAKIKATNYA..

Sesungguhnya,mafhum(kefahaman) ayat-ayat surah Al-Asr ini adalah pemberitahuan Allah tentang keadaan manusia yang selalu dalam kerugian.Ianya juga adalah PANDUAN dari Allah kepada manusia untuk mengelakkan kerugian itu(orang beriman dan beramal soleh).Seterusnya,Allah menjelaskan tentang manusia(yang beriman dan beramal soleh)yang mempunyai sifat berpesan-pesan dengan kebenaran(al-quran dan sunnah)dan berpesan-pesan dengan kesabaran(menghadapi ujian dan dugaan).

Itu bererti,bukan sahaja orang beriman dan beramal soleh layak memberi pesan dan teguran,akan tetapi siapa sahaja layak asalkan pesan dan teguran itu dengan kebenaran(Al-quran&sunnah) dan kesabaran.Paling jelas,orang yang wajib memberi teguran dan pesanan adalah orang Islam yang beriman kepada rukun iman yang enam.


DIRI SENDIRI TAK BETUL LAGI,NAK NASIHAT ORANG..

Kesiannya imam besar kampung yang satu-satunya dikenali Alim,beriman dan beramal soleh jika dalam satu-satu masa ada 4-5 kes salahlaku penduduk berlaku dalam kampung.Lagi teruja jika ada 10-15 kes sehari.Berbuih juga mulut hendak memberi nasihat atau teguran.Maklumlah orang kampung yang lain semua tidak alim dan beramal soleh,terkadang ke surau terkadang ke kedai nombor ekor juga.

Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan.Nabi sendiri pernah ditegur Allah melalui Jibril a.s hanya kerana terlupa menyebut insya-Allah dalam satu perdebatan.Kita lupa,yang berhak menghukum manusia hanya Allah dan Hukum-hukum Allah(stop sini,nanti panjang pula ceritanya).

Jika mahu menunggu semua orang jadi sufi,kiyai atau alim ulama baru boleh menegur atau berpesan pada orang lain,mahu berjanggut dan bertanduk kucing betina.Jangan tunggu diri sempurna baru nak menegur,sedangkan maksiat sudah bermaharajalela.Jika kita tahu sesuatu perbuatan itu salah,lebih-lebih lagi agama juga melarang,tegurlah..kan kita patut tegakkan kebenaran..tak perlu takut-takut,kerana kebenaran itu sememangnya berasal dari Al-quran dan As-sunnah!Malah sebenarnya,dengan menegur,kita telah menyampaikan satu syariat(jalan kebaikan)..

ALA,PANDAI CAKAP JE..DIAPUN TAK BUAT..

Adakah kita tahu,orang yang pandai beri nasihat itu,ia melaksanakan apa yang ia nasihatkan atau tidak?adakah kita tahu kalau-kalau dia sedang berusaha melaksanakannya?
Terkadang manusia diberi Allah kelebihan memahami ilmu lebih dari melaksanakan ilmu.Malah setiap ilmu ironinya harus dipelajari secara teori dan kefahaman barulah ia mampu diadaptasikan dengan baik dalam kehidupan sebenar.

Dibekali dengan NAFSU dan SYAITAN,menjadikan ramai manusia berilmu tidak mengamalkan ilmunya.Lebih jelas lagi,ia disebutkan sebagai FASIQ.Apabila pula ia menyedari kesilapannya,segera ia bertaubat dan berusaha memperbetulkannya.Di peringkat ini,ia tergolong sebagai MUJAHID.Itulah manusia yang tidak pernah lari dari salah dan silapnya.

Yang sepatutnya,kita beri teguran dan nasihat dengan bijak.Tegur dengan tangan contohnya tulis nota pendek,lekatkan di atas 'barang-barang penting'nya(bukan dengan menumbuk je).Tegur dengan mulut(bukan mengumpat),contohnya merakamkan nasihat menggunakan handphone dan hantar kepada handphonenya(bukan bertekak dan menengking-nengking)dan doa dalam hati(bukan menyimpan dendam atau kebencian)..sentiasa prasangka baik dalam hati,jadi hati tenang..

Firman Allah s.w.t :
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram". (Ar Ra'd 13:28)

Firman-Nya lagi :
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allahgemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal". (al Anfal 8:2)

Daripada Abu Said r.a. katanya, "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda : "Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman"

wallahua'lam..

3 comments:

  1. salam. sgt suka dgt entry ni. good job! blh mnta share?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah,silalah share..jadilah follower skli ek ek..

    ReplyDelete
  3. (:
    Jazakallahu khairan kathira,

    *tukar lagu ek (:

    ReplyDelete