Friday, December 24, 2010

Tazkirah Al-muhajir>>"Berlaparlah.."



Assalamualaikum wbt dan salam maalHijrah 1432H kepada semua umat Islam seluruh dunia.Terdetik sedetik dalam pemikiran,apakah azam maalhijrah kita kali ini?Bilamana tahun baru hijrah berdekatan sungguh dengan tahun baru masihiah,perkiraan mana yg kita sambuti dan ingati?

Teringat satu kisah yang mana satu pasangan ingin bertunang,si lelaki mahu menghadiahkan si gadis dengan hanya sebentuk cincin bukan 2bentuk cincin sebagaimana kelaziman mengikut adat melayu,PERSOALANNYA,boleh atau tidak?


Kembali kepada AZAM tahun baru kita tadi,ingin saya anjurkan satu azam yang dikira agak penting masa kini iaitu MEMBANYAKKAN LAPAR DARI KENYANG..
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari:

فقال ان المؤمن يأكل في معى واحد, والكافر يأكل في سبعة أمعاء
Beliau bersabda:"Orang yang beriman makan untuk satu perut,orang yang kafir makan untuk tujuh perut"

Pernahkah kita terfikir,mengapa kebanyakan kita masa kini semakin ramai yang berlebihan berat badan,berpenyakit dengan berbagai-bagai penyakit dan semakin banyak ditimpa penyakit-penyakit hati?Jawapanya adalah sangat mudah:KERANA FAKTOR PEMAKANAN.

Teringat saya satu hadis,tapi belum ketemu dengan periwayatannya yang sahih,mungkin kerana kurangnya ilmu.Apapun,saya berpendapat ianya baik untuk dijadikan panduan.Antara maksud hadis nabi saw itu berbunyi:

"TEMPAT YANG PALING HINA DI DALAM TUBUH ANAK ADALAH PERUTNYA.".

Jika kita selidiki antara amalan-amalan nabi saw dan para sahabat ialah BANYAK BERLAPAR.Diriwayatkan nabi saw pernah mengikat perut bersama sahabat-sahabat dalam peperangan kerana lapar.

ADAKAH LAPAR ITU SIHAT?

Tahukah anda sesungguhnya nabi saw itu tidak pernah sakit(sakit yang datang sendiri)?Diriwayatkan bahawa nabi saw itu tidak pernah demam,sakit-sakit orang awam apatahlagi sakit-sakit kronik(kencing manis,barah dsb).Diriwayatkan juga,nabi saw hanya sakit apabila disakiti(ketika dilontar batu oleh kafir quraish),apabila berperang(ketika perang uhud)dan sakit akibat diracuni(selepas perang khaibar)yang menjadi penyebab kewafatan baginda saw.

Adakah berlapar itu menyihatkan?Sebenarnya apabila kita berlapar,lapar itu mendidik kita melawan nafsu,melemahkannya dan sekaligus mengawalnya.Berlapar juga merehatkan perut,meneutralkan kandungan gula dalam darah dan membersihkan organ dalaman tubuh dan kerana itu,nabi saw menganjurkan agar kita selalu merehatkan perut seperti puasa nabi daud as.Lihat hadis berikut:

Diriwayakan dari Mujahid bahwa dia berkata : “Abdullah bin Amru berkata kepadaku : “Ayahku menikahkanku dengan seorang perempuan dari keturunan yang baik”. Maka dia (Mujahid) datang kepada istrinya dan bertanya kepadanya tentang suaminya. Maka perempuan itu berkata : “Sebaik-baik laki-laki adalah seseorang yang tidak pernah menyentuh tempat tidur dan tidak pernah mencari jamban sejak dia datang kepada kami”. Maka diceritakanlah hal itu kepada Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, maka dia berkata : “Datanglah besama dengannya”. Maka saya datang bersama dengannya. Maka dia berkata : “Bagimanakah kamu berpuasa ?”. Maka aku berkata : “Setiap hari”. Maka dia berkata : “Puasalah tiga hari setiap minggu”. Aku berkata : “Aku mampu lebih dari itu”. Dia berkata : “Berpuasalah dua hari dan berbukalah satu hari”. Dia berkata : “Aku mampu lebih dari itu”. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam berkata : “Berpuasalah dengan puasa yang terbaik, yaitu puasa Nabi Dawud ‘alaihis salam, yaitu puasa sehari dan berbuka satu hari”.
 (HR Nasa’I, IV/209, no. 2389. Al Albani berkata : “Shahih”).

Dari segi penerapan nilai pula,berlapar dapat mendidik kita merasakan bagaimana rasanya orang yang tidak berkemampuan ketika tidak mendapat makanan.Selain daripada itu,dengan berlapar dapat mendidik kita bersederhana,tidak berlebih-lebihan dan membazir.Ini seperti yang diperingati oleh Allah SWT dalam surah Al-a'raf (31)maksudnya:

"Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."

Dari segi kerohanian pula,Berlapar dapat memberi kesedaran kepada kita bahawa kita adalah HAMBA Allah,yang tidak tahu bilakah penyakit akan datang kepada kita.

PERUT PUNCA PENYAKIT?

Benarkah perut kita punca datangnya penyakit?Saya kurang setuju dengan pernyataan ini.Teringat satu hadis nabi saw lagi:

"PERUT ADA 3BAHAGIAN,1BHGIAN UTK MAKAN,1BHGIAN UNTUK MINUM DAN 1BHGIAN LAGI UNTUK UDARA,MAKA JGNLAH KAMU BERLEBIHAN DARIPADA SALAH SATUNYA"

Jika kita lihat kepada hadis ini,menunjukkan perut itu haruslah diisikan dengan yg tersebut di atas secara sederhana.Jika kita lihat pula hadis pertama dan kedua di atas,tidak dinyatakan perut itu sebagai punca penyakit secara zahir.Malah kata-kata nabi saw itu sebenarnya amatlah banyak maksud-maksud yang tersirat.

Apa yang saya setujui di sini,sebenarnya punca datangnya penyakit itu adalah SIKAP dan NAFSU dalam diri manusia.Itulah asasnya.Jika kita fikirkan,kesemua hadis di atas adalah hadis yang mendidik supaya kita beringat tentang pemakanan.Ini kerana,perut juga hamba Allah yang punya Hak dalam tubuh anak Adam.Jadi,jika kita selalu beringat,ubah sikap dan mengawal nafsu,barulah kita boleh mempersoalkan mengapa masih lagi datangnya penyakit itu..

MENGAPA MASIH DATANGNYA PENYAKIT?

 Seterusnya,setelah menjaga pemakanan dengan tidak berlebih-lebihan dan selalu berlapar,kita masih juga didatangi penyakit?mengapa?cuba kita semak senarai di bawah:

1.Mengamalkan cara hidup kurang sihat
-masih lagi merokok,tidak bersenam,tidak solat,tidur lewat,makan dan minum di luar.
-Penyakit jantung,paru-paru,ulser perut,tiroid dll

2.Tidak berusaha melindungi diri dari penyakit
-duduk bersama orang yang merokok,tidak bertopeng ketika bersama orang berpenyakit,membiarkan orang lain mengamalkan cara hidup kurang sihat dan tidak menjaga kebersihan.

3.Tidak menjaga kebersihan diri/sekeliling
-jarang menggosok gigi,membiarkan tempat pembiakan nyamuk dll.
-kanser gusi,sakit gigi dan demam denggi-malaria-dsb

4.Bersikap riyak dan ujub(takjub)
-bercakap besar,memperlekehkan orang lain,menghina dan menyusahkan orang lain.
-Stroke(Angin Ahmar),Santau dll

5.Tidak mengurus kehidupan dengan Perancangan yang baik.
-tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah,pecah amanah,tiada prinsip,working plan
-stress,penyakit jiwa,mental dll

jika diantara ini masih kita lakukan,usah bertanya mengapa penyakit masih datang menjengah kita.Ini adalah lanjutan penyebab kepada datangnya penyakit.Yang jelas,ia tetap berpunca dari SIKAP dan NAFSU kita.




1 comment: