Friday, June 7, 2013

Waspadai Syirik Khafy


Bismilla-hir-rah-ma-nir-rahim.

Bila menyebut tentang syirik, terbayanglah kita manusia yang MENYEMBAHI berhala atau orang yang MEMINTA-MINTA di kuburan atau pusara manusia hebat bagi mereka yang lebih baik kefahamannya tentang syirik.

Tidak kurang juga mereka yang menganggap mereka yang tidak beriman atau orang kafir itu melakukan syirik. Malah lebih dari itu, ada yang sebenarnya tidak tahu apakah itu syirik.

Sudah agak lama penulis tidak mencoret posting di laman ini. Mungkin kesibukan membataskannya. Tergerak untuk mencoret kerana setelah agak lama tidak mendapat jemputan memberi tazkirah di Surau Al-Muhajir, Taman Medan Jaya Sijangkang, barulah kembali di'sunting' untuk majlis tazkirah petang nanti.



1 ++ TAKRIF SYIRIK ( Secara ringkas )

Ramai dikalangan ulama memberi tafsiran kepada takrif syirik. Pada dasarnya, syirik itu adalah :

1) Menduakan Allah azza-wajalla atau,
2) Menyekutukan Allah azza-wajalla khususnya dalam bab pengibadatan.
3) Menyamakan atau memberi tandingan pada Allah azza-wajalla dengan sesuatu.

Naudzubillah. Akan tetapi, ini adalah takrifan syirik secara global dan menyeluruh pada kefahaman yang jelas. Ianya lebih mudah difahami apabila disabitkan dengan contoh-contoh tepat. Kefahaman ini mudah diterima secara ZHOHIRIYYAH.

Lebih jelas, syirik berbeza sedikit dengan KAFIR. Kafir menolak terus Allah sebagai tuhan yang esa, akan tetapi syirik pula mengakui Allah sebagai tuhan tetapi mengakui juga ada tuhan lain selain-Nya(tidak esa).

2 ++ JENIS - JENIS SYIRIK

Dalam penentuan jenis-jenis syirik ini, para ulama(menurut pengkajian penulis) BERSEPAKAT menyatakannya terbahagi kepada 2 jenis sahaja. Iaitu adalah :

1) SYIRIK ZHOHIRIY atau BESAR (seperti yang telah dibincangkan tadi) dan ;
2) SYIRIK KHAFY dan NIFAQ

Penulis ingin memfokuskan tentang jenis syirik yang kedua iaitu syirik khafy dan nifaq. 

akan bersambung lagi nanti...

No comments:

Post a Comment