Friday, December 9, 2011

KEJAYAAN=BIJAK+KEUPAYAAN?

Untuk berjaya menjadi seorang peguam berjaya=minda gred A+petah berhujah.Menjadi murid yang berjaya juga=minda gred A+Teknik menjawab atau membuat persediaan sejak awal tahun lepas lagi.Apa sahaja kejayaan,pasti bermula dari usaha gigih dan kebijakan mencari peluang serta hal yang sewaktu dengannya.



 KEJAYAAN=MESTI BIJAK


Dalam menjadikan sesuatu pekerjaan atau amalan itu berjaya,seseorang individu itu perlu mempunyai sifat bijak. Seorang penceramah pasti dihormati kerana ketinggian ilmunya.Seorang pemimpin pula pasti menjadi ikutan sekiranya ia bijak bertutur dan mempunyai sekurang-kurangnya segulung ijazah.

Malah sebenarnya sesiapa sahaja yang tidak mempunyai ilmu yang tinggi,jika ia bijak memanipulasi keadaan dan situasi,ia juga mampu berjaya.Jarang sekali orang yang tidak bijak mampu berjaya dan menempatkan diri dalam saingan yang besar.Kita sendiri sedia maklum,diantara dua orang peniaga barangan yang sama,mengapa keuntungan mereka tidak sama?semuanya kerana kebijakan mereka mempromosi atau menjual barangan mereka.

Allah SWT memilih pesuruh-pesuruhnya dari kalangan Nabi dan Rasul juga mewajibkan sifat FATONAH=bijaksana.Kita sendiri tahu,Nabi Muhammad SAW sendiri seorang yang UMMI(buta huruf). Akan tetapi dengan kebijakan strategi baginda,islam akhirnya tersebar hampir ke seluruh dunia masakini.

KEJAYAAN=DENGAN USAHA

Satu lagi faktor kejayaan ialah BERUSAHA.Senang cerita untuk berjaya,kita mesti mempunyai keupayaan atau kekuatan.Seorang peniaga mestilah mempunyai modal untuk berniaga,ilmu atau apa sahaja yang boleh merealisasikan perniagaan itu. Begitu juga seorang artis,seorang usahawan,seorang jurutera atau penceramah.Malah seorang pendakwah juga perlu ada keupayaan untuk melaksanakannya.

Cuba anda baca kisah-kisah orang yang berjaya masa lampau dan masakini. Kejayaan mereka hadir bukan hanya dengan duduk menggoyangkaki atau melakukan perkara-perkara yang negatif.

No comments:

Post a Comment