Wednesday, October 26, 2011

Inovasi perkahwinan umat islam(siri 2)




وَ مِنْ آياتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْواجاً لِتَسْكُنُوا إِلَيْها وَ جَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَ رَحْمَةً إِنَّ في‏ 

ذلِكَ لَآياتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."(Ar-Ruum:21)

Sabda Rasulullah SAW:
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku(riwayat Al-Bukhari)

Sebelum kita sambung akan perkara-perkara yang menjadi kebiasaan dalam sesuatu majlis perkahwinan,eloklah kita memperkatakan tentang bilakah masanya dan siapakah yang sepatutnya menganjurkan Walimah ini.

Siapa Yang Mengadakan Walimah
Walimah dilaksanakan dan diselenggarakan oleh suami. Ini adalah sebagaimana perbuatan Nabi s.a.w sendiri dan turut dicontohi oleh para sahabat-sahabatnya yang lain.
Dari Anas r.a, beliau berkata: “Ketika Rasulullah s.a.w menikahi seorang perempuan, beliau mengutuskan aku untuk mengundang beberapa orang untuk makan.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, at-Tirmidzi, no. 3219)
Juga dari Anas r.a, beliau menjelaskan: ‘Abdurrahaman berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru sahaja bernikah dengan seorang wanita dengan mahar satu nawat emas (emas sebesar biji kurma)”. Rasulullah s.a.w bersabda: “Semoga Allah memberkahimu, adakanlah walimah walau pun hanya dengan menyembelih seekor kambing”. (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5169)
Berdasarkan hadith ini, Rasulullah telah memerintahkan ‘Abdurrahman bin ‘Auf supaya mengadakan walimah. Walaupun begitu, walimah tidaklah semestinya dilakukan dengan seekor kambing tetapi ia dilakukan bersesuaian dengan kemampuan suami. Ini adalah kerana Nabi s.a.w sendiri pernah melaksanakan walimah untuk Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur dengan keju dan tepung di atas sumbangan para sahabat yang hadir. (Rujuk Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 2048)
Waktu Walimah
Dalam bab ini,tiada kami ketemui hadis yang khusus diberitahu oleh nabi SAW atau sahabat,akan tetapi para Ulama mengambil perbuatan nabi SAW dalam menentukannya.Imam al-Mawardi dari mazhab asy-Syafi’i menjelaskan bahawa waktunya adalah setelah selesai akad pernikahan dan setelah kedua pasangan bersama.
Ibnu as-Subki berkata: “Yang diriwayatkan dari perbuatan Nabi s.a.w bahawa walimah itu diselenggarakan setelah berhubungan (pasangan bersama), berdasarkan hadith pernikahan di antara Nabi dengan Zainab binti Jahsy iaitu berpandukan perkataan Anas “di pagi harinya” (rujuk hadith di atas), iaitu ketika Nabi berkahwin dengan Zainab, beliau mengundang kaum muslimin, perbuatan Nabi ini dijadikan bab oleh al-Baihaqi sebagai “Bab Waktu Walimah”. (Imam Muhammad bin Ismail ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 727, Darus Sunnah)
Menurut Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, walimah tidak diadakan ketika perjalanan akad nikah berlangsung atau sebaik akad nikah, tetapi adalah setelah pasangan bersama (bersetubuh). (Rujuk: Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 311, Pustaka Ibnu Katsir)
Begitu juga sebagaimana yang dijelaskan oleh Amru Abdul Mun’im Salim: “Seseorang hendaklah menyelenggarakan walimah setelah ia berkumpul dengan isterinya.” (Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah Menuju Keluarga Sakinah, m/s. 177, Dar an-Naba’)

Baiklah,mari kita sambung semula perbincangan kita tentang tajuk artikel ini:inovasi perkahwinan islam.Pada siri yang lalu,kita telah merungkai 4perkara yang biasanya ada dalam sesuatu majlis perkahwinan dan adakah islam menerimanya.kali ini kita akan bawakan lagi 5perkara dari bab tersebut,insya-Allah.


 
 SET PAKAIAN PENGANTIN(YANG VOGUE)

>>> Berpakaian dengan pakaian yang menunjukkan mereka(pengantin) adalah RAJA SEHARI supaya menjadi kenangan yang sangat berharga buat mereka.

PENJELASAN:

>>> Amalan ini ada yang diterima islam dan ada yang tidak.Berpakaian pengantin yang vogue hanya adat kebanyakan orang.Pakaian yang diterima islam hanya pakaian yang menutup aurat,tidak berlebihan(potongan panjang dan berambu-ramba) dan tidak menampakkan potongan bentuk badan.


Allah berfirman dalam surah An-Nur:31 yang berbunyi:
وَ قُلْ لِلْمُؤْمِناتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصارِهِنَّ وَ يَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَ لا يُبْدينَ زينَتَهُنَّ إِلاَّ ما ظَهَرَ مِنْها وَ لْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلى‏ جُيُوبِهِنَّ وَ لا يُبْدينَ زينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبائِهِنَّ أَوْ آباءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنائِهِنَّ أَوْ أَبْناءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوانِهِنَّ أَوْ بَني‏ إِخْوانِهِنَّ أَوْ بَني‏ أَخَواتِهِنَّ أَوْ نِسائِهِنَّ أَوْ ما مَلَكَتْ أَيْمانُهُنَّ أَوِ التَّابِعينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلى‏ عَوْراتِ النِّساءِ وَ لا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ ما يُخْفينَ مِنْ زينَتِهِنَّ وَ تُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَميعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 
Katakanlah kepada wanita yang beriman:" Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra- putra mereka, atau putra- putra suami mereka, atau saudara- saudara laki- laki mereka, atau putra- putra saudara laki- laki mereka, atau putra- putra saudara perempuan mereka, atau wanita- wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan- pelayan laki- laki yang tidak mempunyai keinginan ( terhadap wanita ) atau anak- anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang- orang yang beriman supaya kamu beruntung."

Dalam membincangkan maksudnya “ Kecuali yang(biasa)daripadanya” Imam Al_qurtubi dalam tafsirnya berkata:
“Allah s.w.t memerintahkan kaum wanita supaya tidak memperlihatkan (menzahirkan) perhiasan mereka kepada kaum lelaki kecuali yang dikecualikan oleh ayat tersebut sebagai langkah mengelak fitnah. Dalam membicarakan maksud perhiasan zahir, Para ulama’ mempunyai beberapa pandangan antaranya:-

1) Ibn Mas’ud – Perhiasan zahir ialah pakaian
2) Said Bin Jubair, Ata’ dan Al-Auzaie – Muka, Dua Tapak Tangan dan Pakaian.
3) Ibn Abbas, Qatadah dan Musawwar Bin Mukhrimah – Celak Mata, gelang tangan, inai hingga setengah hasta, anting-anting dan cincin. (Petikan Fatwa Semasa: Dr Yusof Qardawi – Jilid 1)

ALTERNATIF:

Jadi,berpakaian dengan pakaian yang tercantik dibolehkan akan tetapi bukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk(riyak) dan berlebih-lebihan(boros) kerana matlamat berpakaian cantik pada hari perkahwinan bertujuan menjaga maruah diri dan takut kepada Allah.


Maka,berpakaian dengan pakaian pengantin yang vogue hingga tidak mengambilkira larangan dalam agama adalah diharamkan dan berdosa.Akan tetapi berpakaian dengan pakaian yang sederhana dan mengambilkira apa yang disebutkan Allah dalam surah An-Nur adalah DIWAJIBKAN.



MAK ANDAM


>>> Amalan menghias muka pengantin dengan alatan make-up,bertujuan menaikkan seri wajah pengantin.Kebiasaannya dilakukan oleh jurumekap yang terdiri dari lelaki dan perempuan.


PENJELASAN:



Dari Abu Musa al-Asy’ary r.a, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Wanita yang memakai wangi-wangian, dan kemudian dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut adalah wanita penzina.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, no. 2786)
Alasan dari larangan tersebut dapat dilihat dengan jelas iaitu menggerakkan panggilan syahwat (kaum lelaki). Sebahagian ulama telah mengaitkan perkara lain dengannya, seperti memakai pakaian yang cantik (melawa), perhiasan yang ditampakkan, dan bercampur baur dengan kaum lelaki. (Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari, 2/279. Rujuk: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 151, Pustaka Ibnu Katsir)
Allah s.w.t berfirman:

وَ قَرْنَ في‏ بُيُوتِكُنَّ وَ لا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجاهِلِيَّةِ الْأُولى‏ وَ أَقِمْنَ الصَّلاةَ وَ آتينَ الزَّكاةَ وَ أَطِعْنَ اللَّهَ وَ رَسُولَهُ إِنَّما يُريدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكُمْ تَطْهيراً
"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang- orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah salat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih- bersihnya."    (Surah al-Ahzab, 33: 33)
Sebenarnya ayat ini perintah khusus yang dikeluarkan kepada para isteri Nabi SAW,tetapi apa yang ingin didedahkan ialah pada perkataan :JANGANLAH BERHIAS DAN BERTINGKAHLAKU SEPERTI ORANG-ORANG JAHILIYYAH ini.Ia merujuk perkara yang tidak sepatutnya pada isteri nabi SAW APATAHLAGI KEPADA SEMUA WANITA.Walaupun bukan semua amalan jahiliyah itu ditolak oleh islam(seperti adab dengan tetamu),akan tetapi amalan ini adalah amalan jahiliyah yang  dilarang.

ALTERNATIF:

Dalam islam,bersolek dengan nipis hingga orang tidak dapat membezakan wajah asal dengan wajah bermekap adalah dibolehkan.Yang dilarang adalah bersolek hingga timbul rasa takjub orang yang melihatnya(kerana kecantikannya) dan timbul keinginan yang bukan-bukan.


jadi,bermekap dengan kadar sederhana dan dibenarkan suami dan islam sendiri adalah diHARUSKAN sekiranya dengan niat agar tidak diperkatakan islam agama selekeh.Sila rujuk pada guru agama yang arif tentang hal ini. 


Apa kata bagi tujuan menghebahkan siapa pengantin,tanpa perlu menunjukkan diri(bagi wanita)kepada umum(yang bukan mahram),anda rakamkan ucapan menggunakan video kamera telefon bimbit anda dalam keadaan biasa dan menutup aurat,kemudian siarkan video tersebut dalam majlis walimah anda.Rasanya tak timbul masalah orang ramai tidak tahu siapa pengantin wanita lagi bukan?

MAKAN BERADAB


>>> Amalan pengantin makan dihadapan tetamu.Kebiasaannya duduk di kerusi yang dihias indah dan makan makanan istimewa berbanding makanan tetamu dan ditemani bersama ahli keluarga.


PENJELASAN:


>>> Amalan ini tiada dalam ajaran islam.Hanya adat semata-mata bagi menunjukkan pengantin sebagai raja sehari.Amalan ini dapat dilihat sebagai membezakan taraf sedangkan dalam islam sangat melarang perbuatan ini.
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seburuk-buruk makanan adalah makanan walimah, yang mana di dalam walimah tersebut tidak mengundang orang yang memerlukan (fakir), dan hanya mengundang orang yang tidak memerlukan (orang kaya)…” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5177)


Jika kita kaji,apa matlamatnya amalan ini?Sudah tentu untuk menunjuk-nunjuk.Sedangkan dalam islam sangat melarangnya.Alangkah sedihnya ada sesetengah daripada kita yang sangat menjaga bab riyak ini tetapi tewas dalam majlis walimah sendiri.


ALTERNATIF: Tiada.


MENJAMU MAKAN


>>> Amalan menjamu makan kepada para jemputan dan tetamu.Ada sesetengahnya membezakan kawasan tetamu biasa dengan tetamu kehormat.Menu juga berbeza.


PENJELASAN:


>>> Amalan ini ada dalam islam.Banyak hadis dalam siri lalu yang telah ditunjukkan.Cuma ada sesetengah majlis membeza-bezakan tetamu seperti hadis yang tersebut di atas tadi.
Adalah seharusnya kita menjemput orang-orang bertaqwa dan orang-orang yang sangat memerlukan bukan orang-orang kaya yang tidak memerlukan.



Ini adalah sebagaimana hadith berikut: “Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan orang yang beriman, dan janganlah makanan kamu dimakan melainkan oleh orang-orang yang bertaqwa.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4811. Hadith ini hasan menurut penilaian al-Albani)
Daripada Anas r.a, Rasulullah s.a.w berdoa kepada Sa’ad bin ‘Ubaidah yang menghidangkan kismis untuknya: “Semoga orang-orang yang baik memakan makananmu, para malaikat mendoakanmu, dan orang-orang yang puasa berbuka di tempatmu.” (Hadith Riwayat Ahmad. Lihat: al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 157, Media Hidayah)


ALTERNATIF:


Akan tetapi tidaklah mengapa jika menjemput orang kebanyakan itupun setelah menjemput golongan yang memerlukan tadi.Yang tidak sepatutnya,hanya menjemput orang kebanyakan dan tetamu kehormat tanpa menjemput orang yang memerlukan.


BERGAMBAR

>>> Sesi pengantin bergambar dihadapan kamera dengan pelbagai jenis baju,busana dan aksi.Biasanya di atas pelamin akan tetapi terkadang hingga ke dalam bilik.

PENJELASAN:

>>> Amalan ini sememangnya tiada dalam islam.Bukan pula adat.Hal ini adalah perkara baru yang tidak pernah ada dalam sirah kenabian.Hal ini adalah menjadi perkara ijtihad(pengkajian) para Ulama.

 Hukum fotografi adalah suatu hukum yang baru kerana kewujudannya juga adalah baru. Begitu juga kerjaya sebagai jurufoto juga suatu kerjaya yang baru dan tidak ada kerjaya ini di zaman silam. Maka hukum yang muktamad ke atas bidang senifoto dan kerjaya sebaga jurugambar/foto juga adalah termasuk dalam daerah ijtihad.


Fuqaha' Salafiyah memilih hukum yang keras ke atas fotografi dan menqiaskan dgn hukum taswir atau menggambar atau mengambil gambar. Ini kerana di zaman salaf, seni gambar dan jurugambar atau jurulukis ini sudah wujud. Hukum mengambil gambar sesuatu yang berjasad spt manusia, Tuhan, Malaikat dan sesuatu yang ditaqdiskan (diagungkan) adalah HARAM.

Ulama' salafiyah spt al-Albani dan Ibn Baz mengharamkan fotografi kecuali untuk tujuan dharurat spt paspot, IC dan rekod keselamatan.Ini mengambilkira dari sebuah hadis daripada Said bin Abu al-Hasan, “Ketika aku bersama Ibnu ‘Abbas, seorang lelaki datang dan berkata, “Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) aku adalah dari hasil kerja tanganku dan kerjaku adalah membuat gambar-gambar ini”. Ibnu ‘Abbas berkata, “Aku sekadar memberi tahu apa yang aku dengar dari Rasulullah. Aku mendengar beliau bersabda, “Sesiapa membuat gambar dia akan di-azab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia tidak akan berupaya untuk menghidupkannya”. Mendengarkan hal ini, lelaki itu menarik nafas panjang (mengeluh) dan mukanya menjadi pucat. Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, aku nasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.
 (Hadith Riwayat Muslim, no. 2110)


Juga Hadis daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.” (Hadith Riwayat al-Bukhari)


ALTERNATIF:

Dr alQardhawi dari aliran kontemporari berpendapat fotografi bukanlah taswir kerana ia adalah imbasan objek sebenar menggunakan kamera sedangkan taswir ialah hasil seni tangan-tangan pelukis. Maka hukumnya adalah kembali kepada hukum asal, Harus (Halal dan Haram). Cuma yang menjadi tumpuan hukum ialah objek yg difotokan. Gambar siapa dan apa tujuannya?

Maka hukum yg menjadi pilihan kami ialah ijtihad Dr al-Qardhawi, bahawa HARUS hukumnya fotografi dan boleh menjadi jurugambar, cuma yang perlu diperhatikan ialah objek fotografi tersebut.

Objek fotografi ialah mengambil foto seputar majlis perkahwinan yang tidak menutup aurat dan suasana campur aduk yang tidak syai'e. Maka inilah yang dimaksudkan oleh Dr al-Qardhawi, subjek fotografi yang tidak memenuhi kriteria syari'at, maka ketika itu tidak boleh lagi kita memfoto dan menjadi jurufoto bagi suasana tersebut. Dasar orang Islam ialah dia tak ada saham dalam apa jua perlanggaran hukum syara' jika dia mempunyai pilihan.. dasar umum orang Islam ialah bila dia melihat kemungkaran, maka dia kena cegah dgn kuasa, jika tidak mampu dgn lisan, dan jika tidak mampu dengan hati, itulah selemah-lemah iman. Maka dia tidak boleh disibukkan dengan fotografi bila kemungkaran itu berleluasa. Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment