![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8gQIPkkbEws6xVeqqulgtelmgNXz9K6ZBysM5cInw30_x73dqmu_oqw5EYd58LXc75uiV_BiZk3eDSPOTLdiZ9nFjfDpVclFzrfb9m4jZ1oAf5KtknLwUuK9SG63O3dO4jAxwqMplCmUt/s400/04022011182.jpg) |
Nak menyemak gak orang tu.. |
fuh..ssssegar rasenye bermain air terjun fasa kedua nih.Walaupun perjalanan ke fasa dua nih mewajibkan kami untuk sekejap memanjat naik,sekejap menuruni trek,tapi kami puas setelah terjumpa dengan air terjun yang kami idam-idamkan ni..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZ0OhiBj3g92MWkC5vHgrAGO9AgG2nMSvv-aGstvVNHavNMY8_GYFffZhhJbvI-kkf0FNF8yyfVOXV5LaJAyvNDbt7sgphsVj2C0psaP9R7EeoNEnyxP3hrZ9qqa-PeCud2j7oAWvHRNDd/s320/04022011185.jpg) |
upview fasa ke-3 |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCVixyTaJGQ3O3EwiR9qYc9MZevk0J62Q4V04c7K6s5MxgGG2RQwCdpTVqNkSTBCmC9eUkW6uuo0fkNaeGaSp3I9hOFvDsoFoF-8j5feJQbQnebr4bNUZLoJM38DU0Yhzr7nf6l0546m2D/s320/04022011188.jpg) |
kanan kiri hutan,best.. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJpPcmYc2oz53jBUNfXGbTgGs4SMqbh72MWs9qw1843_TudNMvpmSSRCUQJXMQ_ARHoobPIaVJqZLP6Z77XZ_Xo05-pySeIEGCTTYRv7yA-vxlisHYtyBtr9MHF1-HU-J_5EWsFrFcBxkU/s320/04022011189.jpg) |
nih yang tak tahan nih.. |
Subhanallah..segar dan indah ciptaan Allah ni.pada fasa seterusnya ni,pondok-pondok adalah agak terhad bilangannya.Malah pada hari-hari cuti,toksah mimpi nak dapat kat atas-atas nih.hehe tak lupe juge,bermula fasa ke-3,takde lagi pondok-pondok ye..
Rasanya kalau nak buat program outdoor kat sini,macam kurang lengkap..penulis rasa setakat buat camping,jungle tracking,explorace atau aktiviti yang tak berapa lasak bolehlah dianjurkan di sini.Jika mahu melakukan aktiviti lain yang lebih lasak seperti flying fox,abseiling,repailing dan yang sewaktu dengannya,mungkin boleh tetapi perlu setkan tempat atau angle yang betul-betul HO LIAW!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikKzIkQfkzFXZZSinKlPtvK2NHkMJRH04mvHz4tOA4KQ9tmgtCuaZRTJrb62bJXQFnnOrTwI0h62STVd9p2xSJbwr0f3Qx24X3ywK-LRyaQFj9-FJcCY92gXpAhY9x15Yd_q3xlLpoCk-O/s320/04022011190.jpg) |
fasa ke-4 |
Pada fasa keempat nih pun,agak merbahaya untuk mandi manda atau wat program kerana lihat sahaja kedudukan geografi air terjun di atas,nampak agak sempit dan terhad.ok,seterusnya kita naik lagi melalui hutan belantara disisi sungai untuk naik ke fasa kelima pula ye..iyah!iyahhh!!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgan70-iSuJa0ON7bIuYPZzmMJphzJJ10AbAPIyvKXWfj-TtzjrZ3htq6qAOPOEnjJXtPPFVOndZsmZSsQVLoo8RrphsehSjhFCt3RTBjPkANBUWQClMvFA1aPDx_RBubGA5Xa5DssrOg3N/s320/04022011193.jpg) |
fasa ke-5 |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEic6ZNv9BnSDME-M0P5_EKVLwr4cJG1cGCz72lQmsecTBbbtZgl2AXjExI0xaBKrMKSiNSEjpgF0OAAqCfcJWM5qQfy9weDLEtUlOnfUlWy2Sm9ILZmLL-EYJlwyD3uS600t18tedZ3RqTe/s320/04022011198.jpg) |
kat sini ada rama-rama "teman tapi mesra" |
Pada fasa kelima pula,keadaan geografi kawasannya agak mendatar dan sesuai untuk perkhemahan.Walau nampak seperti biasa,tapi harus hati-hati kerana walau nampak landai,permukaan batuan disini agak licin dengan lumut hijau seperti pada fasa kedua.
Antara yang menaik di sini,terdapat beberapa kawanan rama-rama berwarna warni yang agak 'jinak-jinak merpati'.Kita boleh mendekati atau menyentuhnya,tapi tak boleh menangkapnya.UNIK!jom teruskan cabaran ke fasa keenam pula..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqcrauVeGGvvHVK_apYV8PuPphyHFDLBEfOiw1m9iYk12A-V3SshDFS2B21oLuG20tauFhsx1ORKWsHGgbZxv6vwlmsMScwfMqsi8PUq2Dqn8BV-HxlCQSptZV7tQRTVAbfkSPpf6CorAr/s320/04022011206.jpg) |
fasa ke-6:puas main selam-selam..hehe |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgW9gMcOYM1Wa1LDO68sVE8Mlrnt9VuL0n5lYdomte_LTRe1dmWow0abf4BZGcGaOOuJJyyy00yCSnmQOsQyzk80SG5GLTR-F8oEfU0MSzPT8HybVuPC6XVd56GgrcdjkA_RfS6nMa_o-m0/s320/04022011227.jpg) |
permandangan dari fasa ke-6 |
Yang terakhir kami jejaki ialah fasa keenam.tak lalu nak ke fasa ke-7,ramai pula
indian kat atas tu..tapi fasa keenampun syok gak mandi manda.Ada terdapat satu takungan air yang agak separas dada airnya.Harus diingat,walau seronok mandi,hati-hati dengan batu-batu di dasar sungai yang agak besar dan best!silap2 boleh pecah kepala or tertanggal kulit kaki.hehe
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVPhgIPxDXY128JYkHV1WI2Fvk4e_a8H-JQmpldjqHRyTv9f_9BaHttAVlCMb2114OSPt7BCSsjuIb8EAP571UYBJVH3Et-Nv5D86cz5LIKmik-gO3fgCus_6sm-N5y3AlFCjjYhIaZq22/s320/04022011231.jpg) |
sytt..!!ade T-Rex tu..ana nak panggang.. |
At Least,kami mula bergerak turun ke fasa bawah semula kerana perut betul-betul dah bunyi rentak dangdut.Kesimpulannya,jagalah kebersihan sungai dengan sebaiknya.Mudah-mudahan kami akan dapat menganjurkan sebuah program kepimpinan di sini nanti.So,nantikan ye sesiapa yang nak join kami tu..Jumpe lagi dikawasan survey program yang lain nanti.salam all!MMMMuuuuahahah!!!hehe
No comments:
Post a Comment