Setiap orang pasti pernah melalui saat-saat bahagia,cemas,getir dan sukar.Mungkin saat ini kita sendiri sedang melalui saat-saat itu.Mana mungkin ada manusia yang tidak pernah merasai berdepan dengan masalah setiap masa.Begitu juga,mana mungkin ada manusia yang hanya melalui saat-saat derita setiap masa.Jika kita katakan 'ADA',berkemungkinan besar kita sebenarnya kurang menyedari bahawa semua keadaan itu adalah "fitrah" semulajadi bagi makhluk-Nya.
Masalah itu sebenarnya BAIK bagi kita.Bahgia juga BAIK bagi kita.Dan perlu kita sedari,apabila masalah dan kebahgiaan itu silih berganti bertamu,itu adalah hidup yang TERBAIK kerana hidup ini sebenarnya ibarat RODA,terkadang kita di bawah,terkadang di atas.
MASALAH?
Semua masalah itu ada hikmahnya.Mungkin sememangnya saat dilanda masalah,kita merasai kesakitan,kesukaran,tekanan dan sebagainya.Tapi percayalah,jika kita bijak menangani masalah,ia pasti mendatangkan kebaikan di masa hadapan.
- Masalah untuk dihadapi dan diselesaikan,JANGAN SESEKALI LARI DARI MASALAH!
- Pelajari cara menyelesaikan masalah,JANGAN SUKA AMBIL MUDAH!
- Cari penyelesaian masalah,JANGAN MENCARI SIAPA YANG DATANGKAN MASALAH!
- Bertindak bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah,JANGAN BERLENGAH-LENGAH!!
PERLU KE PUTUS ASA?
Jika masih tak dapat selesaikan masalah,jangan cepat putus asa.Bukan kerana memang tiada jalan penyelesaiannya,cuma..belum ketemu jawapannya.Mungkin cara kita kurang tepat atau kita belum betul-betul bersungguh dalam menyelesaikannya.TAK PERLU PUTUS ASA..
- jika tak mampu selesaikan sendiri,MUNGKIN PERLU BANTUAN ORANG LAIN..
- bawa bertenang dan FIKIRKAN SESUATU..
- selalu ingat,ADA ORANG LAIN YANG LEBIH BESAR MASALAHNYA BERBANDING KITA..
- Jika tertekan,SENTIASA LETAKKAN NILAI PADA DIRI KITA..
BELAJAR?
Pembelajaran itu berlaku bukan berlaku sekadar di sekolah atau ipt sahaja,malah ilmu itu ada dimana-mana kerana masalah itu boleh berlaku dimana-mana sahaja.
- belajarlah mengatasi masalah,BUKAN BELAJAR MENCARI MASALAH.
- Ambillah pengajaran dari masalah orang lain,BUKAN MENAMBAH LAGI MASALAH.
- Belajarlah cara orang lain menyelesaikan masalah,JADIKAN PANDUAN.
- Belajar bagaimana orang lain menemui penyelesaian,BUKAN MENGHARAPKAN ORANG LAIN MENYELESAIKAN PENYELESAIAN.
MENYELESAIKAN MASALAH?
Penyelesaian sesuatu masalah bergantung kepada kesungguhan dan cara yang kita lakukan.Kesungguhan selalunya perlu ada 'DORONGAN'.Cara pula,mestilah berkesan.Bila ditimpa masalah,cuba ambil sekeping kertas,lipat kepada 4 atau 8bahagian,tuliskan apa masalah kamu di atas satu bahagian kertas itu.kemudian,buka menjadi sekeping kertas yang asal.Apa yang kamu lihat??
No comments:
Post a Comment