February 2011,bulan cinta dan kasih sayang.Persetankan Valentine's Day,Kembali pada Allah dan rasul-Nya.Bertepatan 14&15 february 2011,terbukti menduga kita untuk menyambut kekasih atau kekasih Allah,Muhammad saw.
Sebagai muslim,yg mana pilihan kita?atau perlukah kita menyambut kedua-duanya?ternyata kita perlu menyedari bahawa kasih kepada kekasih Allah itu lebih utama.Sukarkah kita mengasihi Rasulullah saw?
<<<TANDA KITA MENGASIHI RASULULAH SAW>>>
Jika ditanya,bagaimana kita kasih kepada Rasuluullah?Sudah pasti jawapan biasa adalah dengan BERSELAWAT atas junjungan besar saw.Cuba kira,berapa kalikah kita berselawat bulan ini?lebih dekat berapa kali minggu ini?hari ini?
Ternyata ramai yang tahu memberi jawapan sebegitu,tetapi berapa ramaikah yang melaksanakannya?
Maksud Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab:56 :
“ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .”
Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )
Jika kita lihat,banyak hadis nabi saw yang menganjurkan berselawat dan kelebihannya.Akan tetapi masih terlalu ramai umat islam yg 'Terlupa" tanggungjawab ini.sebenarnya secara tidak langsung,apabila kita Solat,kita akan berselawat kepada nabi saw.Jika tidak solat,bagaimana?Tepuk dada,tanyalah Iman..
<<<SAYANG NABI SAW HANYA DENGAN SELAWAT?>>>
Isy,isy....itu sahaja yang kita tahu.Asal sayang nabi saw,berselawat sahajakah?.Habis jika tidak berselawat,tak sayang nabi?Cepat betul manusia menghukum..
Sebenarnya banyak lagi cara untuk kita menunjukkan sayang kita kepada nabi saw,walaupun Baginda telah wafat.Malah sebenarnya amatlah mudah,cuma kita mahu atau tidak sahaja melakukannya.
Diantara cara lain untuk kita menunjukkan rasa sayang kita kepada nabi SAW ialah:
- melaksanakan Sunnah-Sunnahnya,
- Menyebarkan ajaran dan syariatnya,
- Melaksanakan Dakwah dan Islah dengan Hikmah dan,
- Mendidik dan mengajak kembali menjalankan Sunnah Baginda.
<<<JOM AMALKAN..>>>
Antara sedar atau tidak,dalam kehidupan sehari-hari kita mampu mengikut Sunnah dan ajaran Nabi SAW.Apa kata mulai hari ini,kita sama-sama lakukan dan ajaklah sesiapa sahaja mengikutinya.Antara perkara yang mudah kita laksanakan dalam kehidupan antaranya;
- Mulakan harimu dengan MENYEBUT NAMA ALLAH,Bangun sahaja tidur,ungkapan pertama kita ialah ALLAH.Nabi SAW pernah bersabda:"Barangsiapa yang bangun tidurnya ia mengingatkan DUNIA,maka DUNIAlah yang ia akan perolehi sepanjang hari itu.Dan barangsiapa yang mengingat Allah,maka ia akan mendapat kedua-duanya(dunia&akhirat)."
- Mulakan LANGKAHMU DENGAN KAKI KANAN dan BERTAWAKKAL kepada ALLAH.
- Memakai kasut atau selipar dengan kaki kanan,
- Memberi SALAM,
- BERMANIS MUKA,
- Solat lima waktu,
- BERSEDEKAH dan MENYAMBUNGKAN SILATURRAHIM,
- Berkata dengan kata-kata yang BAIK,
- Mendoakan orang lain dengan DOA yang baik,
- MENUTUP AIB orang lain,
- Nasihat-menasihati,
- Membaca Al-Quran setiap malam,
- Mengimarahkan Masjid dan Rumah-rumah ALLAH,
- Menutup Aurat,
- Berpuasa dan banyak lagi.
So,apa ditunggu lagi?bagi lelaki,simpan janggut tu pun sudah dikira mengikut sunnah nabi saw.Bagi perempuan,menutup auratpun sudah memadai.Tak perlu fikir susah-susah,semuanya mudah.Jom sama-sama laksanakan!selawat dan salam atas junjungan besar Nabi MUHAMMAD SAW>wallahua'lam
No comments:
Post a Comment