Jika ditanya,adakah semua manusia itu BIJAK,apa jawapan anda?Sebenarnya semua manusia yang diciptakan sempurna akal dan fizikalnya adalah bijak.Cuma,kebanyakan manusia tidak tahu yang ia sebenarnya bijak.Bila tidak tahu,maka sudah pasti kebijaksaan itu tak pernah digunakan semaksimum mungkin kan..
[BIJAK BELAJAR]
Bolehkah saya pelajar kelas akhir setanding dengan pelajar kelas pertama?sudah tentu boleh!Semua org boleh membaca,menghafaz,mengingat,menulis,membaca dan mengulangkaji.Malah pembelajaran kamu dengan mereka sama sahaja.Akan tetapi mengapa keputusan peperiksaan kamu tidak sama?hingga kamu boleh tercicir sama sekali.Cuba semak,adakah kamu sudah melakukan ini:
- Pertama: FOKUS
- kedua: BERTANYA HINGGA FAHAM,
- ketiga :MEMBUAT CATATAN(selain catatan yang diberikan guru)
- keempat:MEMBINA PETA MIDA
- kelima:MENCIPTA FORMULA
- keenam:MEMBUAT RUMUSAN DAN ULANGKAJI
- ketujuh:MEMBUAT LATIHAN DAN MEMPERBETULKAN JAWAPAN.
Memang mustahil jika kamu sudah melakukan semua ini,kamu masih ditakuk yang lama.Walaupun ini tidak menjamin kecemerlangan,sekurang-kurangnya ia mampu mengubah sedikit demi sedikit prestasi anda.Itu kan lebih baik dari terus ditakuk lama.jika anda mampu bertatih,andalah SI BIJAK TU!
[BIJAK MENYELESAIKAN MASALAH]
Masalah.siapa sahaja ada masalah.Hidup tanpa masalah,ada makna?Hidup tanpa masalah,tiada cabaranlah.Masalah untuk diselesaikan,jangan sesekali LARI DARI MASALAH!!Kerana masalah tetap akan mengejar kita selagi ianya tidak diselesaikan.Dalam bab menyelesaikan masalah,penulis ada cara yg perlu dilakukan untuk menghadapinya:
- BERTENANG,
- FIKIRKAN PENYELESAIAN,
- MINTA BANTUAN ORANG LAIN,JIKA TERLALU SUKAR,
- 'SET' PLAN A,B ATAU C
- BERBINCANG DAN BUAT RUJUKAN,
- BERTINDAK,
- KAJI PUNCA MASALAH
Apa yang penting adalah belajar cara menyelesaikan masalah,bukan fokus penyelesaian masalah semata-mata kerana jika kamu mampu belajar menyelesaikannya dan anda jadikan panduan untuk menyelesaikan masalah di lain masa,andalah SI BIJAK TU!
[KESIMPULANNYA..]
Kesimpulannya,orang yang bijak perlu melakukan banyak perkara dan ia memang mahu lakukan.Anda sengaja tidak mahu menjadi bijak jika hanya AMBIL MUDAH semua perkara.So,anda tahu anda bijak bukan?Jika anda mahu menjadi bijak,anda lakukan sesuatu dengan perancangan,anda pasti berjaya.Jadi anda tidak akan pernah menuding jari pada sesiapa kerana anda akan berkata:"AKULAH SI BIJAK TU!!"
No comments:
Post a Comment