Saturday, January 1, 2011

ZALIMKAH KITA?

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN ZALIM?
-meletakkan sesuatu perkara atau hal itu bukan pada tempatnya.
-surah ar-ruum:29:mengikut hawa nafsu tanpa ilmu pengetahuan.
-al-ankaburt:68:mengadakan kedustaan terhadap Allah dan mendustakan kebenaran tatkala kebenaran itu dtg.

APAKAH CONTOH-CONTOH KEZALIMAN ITU?
-memukul org?
-mengumpat?
-bersangka buruk pada pemerintah?
-memarahi anak-anak tanpa niat?
-tidak meneguri sikap ahli keluarga yang terkeluar dari batas syariat?
-tidak mengajari anak-anak dgn didikan agama?
-memberi salam?
-mendoakan kedua ibubapa?
-mengajarkan kebaikan tetapi si pengajar tidak mengamalkan?
-mendapat ilmu dr majlis ilmu,tetapi tidak mengikutnya?

KISAH HARUT –MARUT,APAKAH PENGAJARANNYA?
-nabi sulaiman a.s bukanlah ahli sihir sprt yang didakwa orang-orang yahudi dll.
-dalam surah al-baqarah:102 jelas membuktikannya.
-jangan bersangka buruk tatkala melihat keburukan pada seseorang tanpa penyiasatan.
-Allah s.w.t menjadikan manusia dengan ditemani nafsu syahwat.
-Allah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian.
-waspada dengan fitnah wanita:
Orang-orang yang merendahkan wanita sering memahami hadis dengan salah. Hadis-hadis yang mereka sampaikan antara lain yang diriwayatkan Imam al-Bukhari bahawa nabi s.a.w, bersabda yang bermaksud : 


“ Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi lelaki daripada fitnah wanita.”


"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)
"sebesar mana kefasikan manusia,jika ia bertaubat,Allah tetap akan mengampunkannya selagi ia tidak menyekutukn Allah dengan sesuatu."(al-a`raf:153)

Dari Anas bin Malik ra berkata,”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahwa Allah SWT berfirman,”Wahai anak Adam, selama kamu berdoa dan berharap kepada-Ku, maka Aku mengampuni dosa-dosa lampaumu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, meski dosamu sepenuh langit, namun bila kamu meminta ampun kepada-Ku, pastilah Ku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, meski kamu datang kepada Ku dengan dosa sepenuh bumi namun bila kamu menemui-Ku tanpa syirik kepaa-Ku, maka Aku akan mendatangimu dengan ampunan sepenuh itu juga. (HR. At-Tirmizy)

Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang isteri berkata kepada suaminya, belum pernah aku mendapatkan atau merasakan kebaikan darimu, maka bererti telah gugur amalnya.” -Hadis Riwayat Ibn Ady dan As-Syakir

No comments:

Post a Comment