Saturday, October 20, 2018

Tuesday, June 5, 2018

Muhasabah: Matlamat Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Yg maha pengasih lagi maha mengasihani. Selawat dan salam atas rasul junjungan Muhammad SAW. Pesuruh Allah. Allah yg telah menjadikan siang dan malam dan telah menghidupkan kita hingga ke saat ini serta tidak memusnahkan kita atas dosa-dosa yang saban hari kita hadam. Tuhan yg memberi peluang serta memakbulkan doa-doa kita utk sampai ke bulan penuh maghfirah ramadhan kareem.

Tak perlu kita membicarakan hal klise yg telah diketahui dan dihadam oleh semua orang yg bergelar muslim tentang apa matlamatnya kita di sepanjang bulan ramadhan ini. Iaitu tentang puasa, membaca al-quran atau berteraweh.

Posting kali ini, kita berbicara tentang hal yg lebih penting utk kita sadari dan kita hayati dgn sebenar-benar penghayatan kerana jika hal ini diabaikan, maka sia-sialah amalan kita sepanjang bulan yg barakah ini. Mari kita renungkan...

Sunday, April 1, 2018

Muhasabah: LURUSKAH AQIDAH KITA?


PENDAHULUAN

Aqidah didefinasikan sebagai 'kepercayaan' seseorang kepada tuhan yang sebenar iaitu Allah azza wajalla atau dalam bahasa mudahnya 'percaya kepada Allah swt' sebagai tuhan tanpa menyekutui dengan-Nya dengan sesuatu apapun, termasuklah menyamakan sifat dan zat-Nya dengan makhluk. Manakala aqidah yang sahih pula ialah 'percaya kepada tuhan yang sebenar berpaksikan 6 rukun iman yang sebagaimana kita ketahui.

Tidak dinamakan seseorang itu beraqidah jika ia percaya adanya 'tuhan lain'yang perlu disembah selain Allah swt. Apabila kita percaya akan adanya Allah, kita juga wajib percaya adanya malaikat, kitab-kitab, nabi & rasul, kedatangan hari qiamat dan adanya qadha & qadar Allah swt.

Gagal untuk percaya salah satu rukun iman boleh merosakkan aqidah dan boleh membatalkan aqidah seseorang. Apakah status keislaman kita tanpa aqidah yang sahih? Apakah terbatal aqidah itu sama dengan murtad?
.
.
.
.
Sumber rujukan kitab "Aqidah ahlil-sunnah wal jamaah" 😊

Friday, June 7, 2013

Waspadai Syirik Khafy


Bismilla-hir-rah-ma-nir-rahim.

Bila menyebut tentang syirik, terbayanglah kita manusia yang MENYEMBAHI berhala atau orang yang MEMINTA-MINTA di kuburan atau pusara manusia hebat bagi mereka yang lebih baik kefahamannya tentang syirik.

Tidak kurang juga mereka yang menganggap mereka yang tidak beriman atau orang kafir itu melakukan syirik. Malah lebih dari itu, ada yang sebenarnya tidak tahu apakah itu syirik.

Sudah agak lama penulis tidak mencoret posting di laman ini. Mungkin kesibukan membataskannya. Tergerak untuk mencoret kerana setelah agak lama tidak mendapat jemputan memberi tazkirah di Surau Al-Muhajir, Taman Medan Jaya Sijangkang, barulah kembali di'sunting' untuk majlis tazkirah petang nanti.

Wednesday, May 29, 2013

Hisablah sebelum kita dihisab


Assalamualaikum WBT. Banyaknya moral dalam video ini. Sama-sama kita muhasabah diri,pulang kepada MATLAMAT DASAR kita.